Sebenarnya dah agak lama ke Sabah ni , rasanya sebelum raya haji lagi tapi sibuk dengan hal-hal lain tak sempat letak gambar disini....... Syukur kepada Allah kerana mengizinkan kami satu family menjejakkan kaki ke bumi Sabah .
Bertolak awal pagi dari Kuantan menaiki kereta kami ke KLIA-LCCT , jam 3. 50 bertolak ke KK,hampir 2 1/2 jam perjalanan barulah sampai dan hari semakin gelap d sana sebab waktu Magribnya awal 1/2 jam dari tempat kita.
Tempat menginap ni namanya Marina Court Resort & Condo terletak di tengah bandar KK ,dekat dengan segala kemudahan ...yang penting dekat dengan Pasar Filipino(kraftangan banyak kat situ )
Pemandangan sekitar bandaraya KK yang sedang pesat membangun, tapi jalanrayanya sesak sangat sama macam kita nak balik kampong masa raya tu ! So kalau nak kemana2 sesudah subuh mesti gerak dah kalau tak alamatnya , makan roti letak JEM!!!!!

Hari kedua kami ke kaki gunung kinabalu, awal pagi memulakan perjalanan, yang tak bagusnya tak banyak signboard yang boleh membantu menuju ketempat yang dituju hingga tersesat jalan tapi mujur suami jenis yang suka bertanya so at last sampai juga di KAKI Gunung Kinabalu. Rupanya memang sejuk kat situ suami dah pesan pada anak2 bawa baju sejuk tapi ingatkan sejuk setakat mana sangatlah tapi rupa2nya memang sejuk, nasiblah semua yang disisi tu banyak lemak bolehlah tumpang sikit2! Ada beberapa peringkat yang boleh didaki dan sampai ke beberapa level ada tempat menginap dan tempat berehat. Nak naik ke puncak kita perlu bayar dulu ye bukan naik begitu sahaja. ....Tapi malangnya kami tak sempat nak naik sebab masa tak mengizinkan....nantilah lain kali kot ! Tapi bila dah sampai sini pun rasa syukur sebab suasananya seperti dah berada kat puncak dah ! So kalau anda2 ke sini jgn lupa datang melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa..
Kalau kemana2 mesti singgah ke zoo sebab kami ada si comel yang sangat suka tengok haiwan....Ingat lagi 3 tahun lepas kami ke Sarawak ada juga pegi ke zoo!!! So kat situ abang-abang melayan kerenah Amir yang nak tengok semua haiwan yang kebanyakan nya tak ada di sini.
Ini tempat yang paling best sekali sebab ada banyak benda yang bo dlihat dan di beli tapi cam mana nak buat saya sorang je yang suka yang lain semua boring.........nasib baik sempat juga beli sikit untuk kenangan........ rasa nak pegi lagi , kena pegi sorang2 tapi itu tak mungkin terjadi !!!!! sebab saya ni kan disayangi kemana saja semua nak ikut !!!!! Syukur Alhamdullilah
4 hari di Sabah rasa tak cukup tapi apakan daya dah nak raya haji esoknya kenalah pulang , tapi memang banyak pengalaman dan memori indah kami disana , terimakasih tak terhingga kepada suami ku yang dah plan kan cuti-cuti Malaysia ni , dan kepada anak2 semua lepas ni belajar sungguh-sungguh jangan ingat nak enjoy lagi , semoga anak2ku jadi anak yang soleh...............our next holiday kemana ye !!

0 comments:
Post a Comment