CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 13, 2009

padatnya bulan disember 2009

Bermula dengan 1 Dis rasanya diari kehidupan ni berputar laju , kalau zaman dulu sikit, bulan dis ni boleh relax sepenuhnya , boleh balik kg berminggu-minggu, tapi semua tu tinggal kenangan saja ........ bila usia makin meningkat ni dengan anak2 yang makin dewasa, banyak urusan yang perlu dibereskan sepanjang disember....... InsyaAllah semua yang ku lakukan ini di redhai Yang Maha Esa .
1 dis- Amin meneruskan pengajian Al quran yang telah bermula selepas tamat UPSR nya bersama ustaz Adwa Al- Hafiz bagi membetulkan bacaan dan cara menghafal beb surah sebagai persediaan ke ting 1.
2 dis - Afiq mendaftar di UIA Gombak setelah berada di Nilai selama 3 semester, Dalam perjalanan kami mendapat berita sedih anakanda jiran kami , Siti Khadijah meninggal , tatkala ayah dan bondanya berada di Tanah Suci Mekah, semoga Datin Juriah & Datuk Kadir tabah menghadapi dugaan hebat ini. Al- Fathihah......
3dis - Amin ke Temuduga SMA Al-Maarif Bukit Goh Kuantan-(hujan turun selebatnya bagai memberi rahmatnya kepada Amin )
4 dis- Kami ke K TRG menghadiri majlis Akad nikah Kak Ani , sedihnya tidak dapat meraikan hari khenduri pada esoknya kerana perlu balik ke Kuantan.
5 dis- Amin menghadiri temuduga di MTNP Tjg Lumpur- ( hari tu juga hujan turun dengan lebat bagaikan bersetuju dengan halatuju Amin untuk menjadi seorang hafiz ...InsyaAllah )
6dis- Menghantar abang kke UIA Gombak bagi menyambung semesternya.
7dis- bertugas di SMKPB, bersama kawan 2 seangkatan update data untuk perspektus sekolah 2010
8 dis- membantu KB Kemanusiaan mengemas kini takwin sekolah 2010
10 dis- berbincang tentang jadual waktu di sekolah.
11 dis - Bertugas di sekolah
12 dis -Ke bandar membeli keperluan Amin
13 dis- Amin masuk ke ujian saringan kedua MTNP selama 4 hari , ayah & bonda mengiringi Amin dengan doa semoga Amin cemerlang di sana dan berjaya .
16 dis - akan ke Shah Alam untuk memberi sokongan kepada abang yang akan menerima biasiswa Proton, mungkin peluang ini menjadi kan abang lebih berusaha dan bersemangat untuk belajar, insyaAllah kami doakan ...tahniah untuk abang!

Tarikh 2 seterusnya dah ada tapi nantilah disambung ,yang pasti cuti Krismas mesti balik ke Ipoh menjengok bonda yang dah lama menanti sambil meraikan majlis pertunangan anak saudara ku yang sulong, InsyaAllah.... semoga cita2 dan niat suciku ini akan dapat ku penuhi.

0 comments: