CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 10, 2009

cerita 2

Indahnya kejadian alam ini semasa menjelang malam kami masih dalam perjalanan ke rumah bonda, bagaikan ia merestui perjalanan kami yang hampir mencecah 10 jam pada hari itu!

Hari Raya 2009Hari Raya 2009 kami sambut di Dungun Terengganu, kampong suamiku......, walaupun ibuny dah tiada dan ayah pula sudah berkhawin dan menetap dikampong Umi namun bagi suamiku dia gembira menyambut hari raya bersama adik beradik nya dan sebagai isteri saya juga turut gembira jika dapat mengembirakan suami.......

Pada hari raya kedua kami bertolak ke Kuala Kangsar untuk ke Kampong ku pula , yang jauhnya beratus-ratus km......Mulanya nak melalui jln Timur-Barat tapi terpaksa mengubah haluan melalui Gua Musang dan keluar ikut Cameron Highlands dan melalui Simpang Pulai oleh kerana kesesakan semasa melalui Jeli. Apapun kami telah selamat sampai padajam 10.mlm malan tu dan masing2 sangat penat . tapi yang plg gembira ibuku kerana melihat cucu-cucu yang meriuhkan rumahnya. Tapi agak kecewa kerana tak sempat beraya dengan family abangku yang kedua kerana mereka telah pu bertolak ke Kedah.....

Rasa puas hati kali ni kerana kali ni kami sempat ziarah semua adik beradik ibuku yang dah lama tak jumpa dan antaranya yang uzur, syukur alhamdulilah, dan terimakasih yang tak terhingga kepada suamiku kerana dia sanggup diajak kemana saja, .............

Hari raya kelima kami bertolak balik ke Kuantan kerana anakku Afiq akan menghadapi examnya so terpaksa hantar dia ke Nilai on the way balik tu. Tapi yang rasa sedih lagi ialah bila ingat anak-anak saudaraku AAN, Apli & Ayih yang sanggup tak balik ipoh demi nak meraikan kami untuk beraya bersama-sama kat rumah Opah, ( Cu rasa sangat bertuah kerana anak-anak saudara ni dah matang dan boleh berfikir ,Cu doakan semuanya menjadi insan berakhlak mulia dan pandai-pandailah jaga hati abah yang sangat sayangkan awak semua,tersentuhnya hati bila ingat budak bertiga ni )

Sampai kat Kuantan kami beraya kat rumah jiran danjiran pun beraya ke rumah kami macam biasa.

Sampai lah sekolah buka semula , rutin kami pun berjalan seperti biasa tapi kenangan bercuti d hari raya sangat menggembirakan dan semoga ianya menjadi kenangan buat kita . ops .....lupa nak cakap puasa syawal pun dah selesai .....

p/s Kepada sahabat ku Sarimah sorry juga akak baru baca message , setakat yang akak tahu Kak Ani dah beransur sihat dah pegi sekolah dan sama-sama kita doakan agar beliau akan sihat dan sejahtera selalu . selamat raya dan jemputlah datang kerumah akak .........



0 comments: