CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 31, 2009

cenderahati & Surau Bkt Istana.

Hari Sabtu ,kami warga Bukit Istana dengan rasa penuh kesyukuran berkumpul di surau kami yang baru 80% siap untuk majlis solat hajat & tahlil serta doa selamat sambil meraikan kawan2 yang akan berangkat menunaikan haji pada musim haji tahun ini, semoga semua mereka selamat pergi dan kembali .Sambil itu kami dapat beramah mesra dengan jiran2 yang jarang2 dapat bertemu atas kesibukan seharian. Semua nya rasa seronok kerana dengan adanya surau ini mungkin banyak aktiviti yang dapat kami jalankan dan lebih mengeratkan lagi silatulrahim antara kami , mudah-mudahan .......amin.

Minggu lepas pada hari Selasa anakku Amin telah mengikuti rombongan sekolahnya ke KL selama 3 hari , amboi ......... seronok sekali mengikut ceritanya , dapat melawat banyak tempat menarik tambahan lagi bersama kawan-kawan sepelajaran........lagilah seronok agaknya,, tapi yang pasti anak-anak pun dah pandai ......ingatan pada family tak lupa, lihatlah ......
Baju gambar ikan ........untuk adik amir
Key chain .....................untuk 2 orang abang
Key chain.......................untuk ayahnya
Magnet ........................untuk lekat di peti sejuk pun ada !
Bunga & pasu.................untuk emaknyalah siapa lagi !!!!!!!!
Thank-you so much kepada Amin Aiman atas ingatan kepada kami.................
Semoga Amin jadi anak yang baik , beriman & soleh........

Monday, October 26, 2009

majlis khawin d kl

Sebelum majlis kami ambil angin dulu kat Kl sambil makan-makan , dengan anak-anak, Pernah makan kat sini? Kami pun first time masuk ......anak2 suka mencuba yang tak pernah try tu yang dia nak cuba......tapi ooklah juga.....kalau belum cuba silalah...... kat mana .....SOGO je !

Long & Ayah Long bergaya sakan nampaknya , atas tu Kak Ani & Nasuha, .....tak lama lagi Kak Ani pulak jadi pengantin so tengok-tengoklah ye !!!!!



Sekitar majlis persandingan tapi gambar pengantin tak jadi pulak sebab bergoyang kamera ....anak2 masih tak cekap nak ambil gambar........


Ini cenderahati yang kami dapat , terima kasih tak terhingga.............sungguh istimewa....



Kenal tak dengan siapa kami posing ni, ...... tulah Adibah Noor ,temankan anak-anak je tu tapi tak pelah kalau nak bergambar dekat Jomheboh tak pernah pegi kat sini kira oklah tu !!!!




Inilah gambar Adibah Noor sedang buat persembahan.......
















































































































Friday, October 23, 2009

Gambar Jamuan Raya smkpb

Gambar dari Pah Hanim........sempena Jamuan Hari Raya...



Gambar 3 sahabat sempena jamuan hari raya di Sempurna Resort ..... Itu beg kelab ketua bidang .....boleh didadapati di Sogo selagi stok masih ada!!!!! hehehe....

Oh.......ini sicomel Husna , geram ....pipinya!


Friday, October 16, 2009

Jemputan ke rumah Kak Nab....

Oh.. ini Riza ...........santai nampaknya!!!!

Menu hari ini ........nasi beriani ......sedapnya!....ada satay lagi.....

Zam dengan Sue, sedang memerhati kuih raya, yang mana sedap agaknya


Meja makan yang di hias indah bagai dewan makan di istana, lain kali mesti buat macam ni kalau tetamu datang , ok Kak Nab saya akan belajar dari pengalaman ini,terimakasih ye, jemput kami!



Yang ni ambil gambar sebelum makan.............




Gambar kenangan , bersama Kak Nab........ dan kawan-kawan.....sesudah makan , macam bertambah berat je semua , tak timbang ke kat dapur tadi!!!!


Hari ni kami dapat jemputan dari Kak Nab untuk beraya ke rumahnya selepas sekolah, rasanya semua gembira terutama saya sebab dah lama tengok dalam blog Kak Nab gambar menarik di rumahnya, dalam hati berkata2 bilalah Kak Nab nak jemput datang rumah dia , agaknya Kak Nab dengar suara hati tu, maka pada hari ni tertunailah keinginan saya, terimakasih kepada Pah Hanim yang tak lupa menyenaraikan saya sebagai salah seorang drpd 16 orang tu!.....jangan marah Pah (gurau je........) Memang kagum melihat keindahan rumah Kak Nab, macam manalah nak buat rumah saya seperti tu ye..... Biasanya bila dah sibuk dengan anak-anak dan macam2 lagi rumah dah tak terkawal........tapi niat tu sentiasa ada ,mungkin satu hari nanti boleh kut tapi bila ye!!!!!!
Apa pun sekali lagi terimakasih banyak kepada Kak Nab & kawan2 semua kerana pertemuan tadi indah sekali dan semoga persahabatan kita kekal abadi......








Sunday, October 11, 2009

Lagi & lagi

Raya tahun ini gambar tak banyak sebab kamera ni ada problem sikit , tak tahu sebab apa ,so nak ambil gambar macam tak semangat sikit... tapi apa pun adalah juga buat kenangan.........

Hujung minggu ni dapat tulis banyak sikit sebab suami dan anak-anak ada aktiviti , so apa lagi tinggal kat rumah dah siap kerja cepat2 buka blog sebelum mereka semua balik .....
Banyak juga yang beres bila tak kemana-mana , kemaskan bilik Amin yang dah lama tak sempat sampai kan 4 plastik sampah besar baru habis........itulah anakku Amin , bila nak rajin entahlah...

Saturday, October 10, 2009

cerita 2

Indahnya kejadian alam ini semasa menjelang malam kami masih dalam perjalanan ke rumah bonda, bagaikan ia merestui perjalanan kami yang hampir mencecah 10 jam pada hari itu!

Hari Raya 2009Hari Raya 2009 kami sambut di Dungun Terengganu, kampong suamiku......, walaupun ibuny dah tiada dan ayah pula sudah berkhawin dan menetap dikampong Umi namun bagi suamiku dia gembira menyambut hari raya bersama adik beradik nya dan sebagai isteri saya juga turut gembira jika dapat mengembirakan suami.......

Pada hari raya kedua kami bertolak ke Kuala Kangsar untuk ke Kampong ku pula , yang jauhnya beratus-ratus km......Mulanya nak melalui jln Timur-Barat tapi terpaksa mengubah haluan melalui Gua Musang dan keluar ikut Cameron Highlands dan melalui Simpang Pulai oleh kerana kesesakan semasa melalui Jeli. Apapun kami telah selamat sampai padajam 10.mlm malan tu dan masing2 sangat penat . tapi yang plg gembira ibuku kerana melihat cucu-cucu yang meriuhkan rumahnya. Tapi agak kecewa kerana tak sempat beraya dengan family abangku yang kedua kerana mereka telah pu bertolak ke Kedah.....

Rasa puas hati kali ni kerana kali ni kami sempat ziarah semua adik beradik ibuku yang dah lama tak jumpa dan antaranya yang uzur, syukur alhamdulilah, dan terimakasih yang tak terhingga kepada suamiku kerana dia sanggup diajak kemana saja, .............

Hari raya kelima kami bertolak balik ke Kuantan kerana anakku Afiq akan menghadapi examnya so terpaksa hantar dia ke Nilai on the way balik tu. Tapi yang rasa sedih lagi ialah bila ingat anak-anak saudaraku AAN, Apli & Ayih yang sanggup tak balik ipoh demi nak meraikan kami untuk beraya bersama-sama kat rumah Opah, ( Cu rasa sangat bertuah kerana anak-anak saudara ni dah matang dan boleh berfikir ,Cu doakan semuanya menjadi insan berakhlak mulia dan pandai-pandailah jaga hati abah yang sangat sayangkan awak semua,tersentuhnya hati bila ingat budak bertiga ni )

Sampai kat Kuantan kami beraya kat rumah jiran danjiran pun beraya ke rumah kami macam biasa.

Sampai lah sekolah buka semula , rutin kami pun berjalan seperti biasa tapi kenangan bercuti d hari raya sangat menggembirakan dan semoga ianya menjadi kenangan buat kita . ops .....lupa nak cakap puasa syawal pun dah selesai .....

p/s Kepada sahabat ku Sarimah sorry juga akak baru baca message , setakat yang akak tahu Kak Ani dah beransur sihat dah pegi sekolah dan sama-sama kita doakan agar beliau akan sihat dan sejahtera selalu . selamat raya dan jemputlah datang kerumah akak .........



cerita selepas hampir sebulan raya!

Gambar ni d rakam dlm perjln balik raya ke KK

Asalamualaikum,...................masih ingat saya lagi ke, oh tentu sekali ,........seorang insan yang sentiasa sibuk dengan tugas tak kira dimana saja berada ! Tapi sebenarnya bila dapat masa untuk menulis disini hati rasa tenang dan gembira apalagi bila buka blog kawan2 semangat nak tulis tu makin membara .............. sekadar mengisi masa dan insyaAllah mengeratkan lagi silatulrahim....

Mula-mula nak minta maaf pada Atin anak saudaraku , Cu baru baca message Atin tu tapi Atin tentu dah tahu jawapannya , malang sekali kita tak dapat jumpa pada hari raya hari tu ,Cu ingat Atin nak tunggu Cu balik dulu tapi tak pelah Atin tak de rezkilah tu, bila Atin dah berkeluarga nanti baru Atin faham dan Cu doakan Atin akan jadi seorang isteri dan ibu yang baik ok ...tapi sekarang jgn fikir dulu belajar kuat-kuat sampai berjaya........