CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 18, 2009

Jumaat,17 July!

Syukur, alhamdullilah ...... bangun pagi teringat kat mimpi bersama Ani Jalil , bersama kawan-kawan lain, rasanya ceria sangat...........tapi cuma mimpi,Sampai di sekolah Pah Hanim tiba-tiba muncul kat meja katanya ada dengar berita tak Kak Ani masuk wad, kami pun terus tanya Pah Radziah ......seterusnya Pah R contact Pn zailani untuk pengesahan ..memang sah Ani ada di HTAA , ( dalam hati berkata2 tadi mimpi bersama Ani, macam ada kaitan pulak , itulah kuasa Allah...... kami memang kawan2 yang rapat ........) Lepas sekolah kami terus ke hospital , terkejut rasanya melihat keadaan Ani , hanya tuhan mengetahui perasaan kami, semoga Allah tabahkan hatinya menghadapi dugaan ini, semoga Ani sembuh sepenuhnya, itulah doa kami setiap masa........ walaupun nampak beliau gembira dengan kedatangan kami, tapi kami sangat memahami hatinya........


Sebelah malam pulak anakku afiq balik bercuti sem- break dari Nilai, kami tunggu di terminal jam 1.30 pagi, lambatnya naik bas !!!!. Rasanya baru nak tido semula suami kejutkan ,katanya beliau nak ke rumah jiran, yang baru je meninggal akibat penyakit kanser.. ... begitulah takdir nya .......dah beberapa bulan keluar -masuk hospital ,bila dah sampai masa pergilah jua dia.........semoga roh Tn. Hj Rashid dicucuri rahmat dan semoga isteri beliau serta keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..Al- Fathihah....

0 comments: