CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 30, 2009

HARI RAYA HAJI



SELAMAT HARI RAYA HAJI KEPADA SEMUA!

Sempena Hari Raya Korban Bukit Istana mengadakan majlis korban pada hari kedua raya, bertempat di taman permainan memandangkan kawasan surau kami belum ditumbuhi rumput lagi ! majlis bermula jam 8.00 pagi dan selesai sebelum waktu zohor, yang pasti kami tambah mengeratkan silatulrahim dan sama-sama menghayati ibadah korban tersebut.

Saturday, November 21, 2009

Kisah anak-anak...


Minggu akhir persekolahan 2009. detik gembira untuk anak ku Amin ...... beliau terpilih sebagai tokoh pelajar lelaki 2009, walaupun kami agak terkejut......tetapi bersyukur atas kurniaan itu semoga anugerah itu menjadi pendorong kepada Amin untuk lebih berjaya dalam meniti hari-hari berikut dalam hidupnya... Anugerah ini juga mengingatkan kembali kisah 6 tahun lalu dimana anak ku Afiq juga menerima Anugerah Tokoh pelajar di SK Teruntum sekali gus mendapat keputusan 5A dalam UPSR pada tahun 2002 ,kalau tak silap...
Dalam hati rasa bangga juga untuk anak-anak ku kerana rasanya bukan senang untuk terpilih sebagai yang terbaik dikalangan ramai kawan2 lain . .....Syukur atas kurniaan Mu.
Lalu pada hari Khamis hati berdebar lagi menunggu keputusan Amin.....akhirnya Alhamdillilah Amin berjaya tersenarai salah seorang daripada 30 org yang mendapat 5A di SKIM UTAMA, tahniah buat anakanda ku ini, walaupun rasanya selama ni kerisauan ku pada Amin melebihi abang2nya tapi Amin sebenarnya telah membuktikan dia boleh.......tahniah ye Amin, mum harap Amin lebih bersemangat untuk belajar bersungguh2 demi masa depan Amin ,
Mum doakan Amin dapat peluang belajar di sekolah yang dapat menjadikan Amin seorang insan cemerlang di dunia & akhirat. insyaAllah.......
Sebagai hadiah , Amin dah pun dapat apa yang dihajati so lepas ni jangan malas lagi ok..... mesti jadi anak yang baik & berakhlak , esok kita akan pergi bercuti, kemana ye .....just wait & see!!!

petrosains d kuantan!

Anda pernah ke Petrosains KLCC? .......O......kalau tak pernah inilah masanya anda berpeluang berkunjung kerana ianya telah dibawa ke Kuantan iaitu di bangunan Yayasan Pahang , Tanjung Lumpur. Terdapat permainan menarik bersama beberapa dinosour yang pasti mengembirakan adik2 kita terutama dimusim cuti sekolah ni , bayaran masuk cuma RM 6.00 untuk mak & ayah ,RM3.00 untuk anak-anak ,so jangan lupa ke sana , dibuka setiap hari 8.00 hingga 5.00 petang, malam jangan datang ok!!!!!!! Bagi yang diluar Pahang lebih baik berkunjung ke Petrosains KLCC aje lah sebab sekarang ni musim hujan di Kuantan ......so agak berbahaya sikit.

Monday, November 9, 2009

majlis jamuan 5 syumul 09

Sabtu, 7 Nov , kami sebahagian guru yang mengajar 5 Syumul, sama-sama meraikan jamuan yang di hoskan oleh anak didik kami ini, sedar tak sedar mereka telah hampir menghadapi SPM yang hanya tinggal 10 hari lagi. Kami guru2 mendoakan anda semua dapat menjawab semua soalan dengan penuh keyakinan dan mendapat keputusan cemerlang. ........insyaAllah......

Nampak ceria semuanya ,bab2 jamuan semua ada .........kalau ada extra class ada je yang hilang.... itulah kehidupan, harap anda semua berusaha hingga lah ke saat akhir disamping berdoa kepada Allah ,semoga kejayaan itu milik anda, kami guru2 akan sangat gembira jika anda semua berjaya, doa kami sentiasa mengiringi perjalanan anda hingga ke dewan peperiksaan......
so ...................ALL THE BEST TO 5 SYUMUL 2009, SMKPB...........

Wednesday, November 4, 2009

Meraikan sahabat


Ahad, 1 Nov, kami meluangkan masa meraikan sahabat kami, Pn. Hjh Siti Arija yang telah bertukar tempat bertugas serta jawatan , iaitu sebagai Pensyarah Kanan di IAB
Walaupun dah hampir 2 bulan beliau berpindah namun ingatan padanya tetap dihati setiap kami, itulah namanya sahabat..........( beliau nampak ceria dan gembira.....mudah2an suasana baru akan lebih memberi semangat kepadanya untuk berbakti kepada anak bangsa!)

Sebelum memulakan majlis , sempat memberikan sepatah dua kata........
(kiri & kanan pengapitnya Pn Junaidah & Ustazah Ramlah!......)

Posing ............dah semestinya,.........sebagai kenangan ,yang tak bawa kamera boleh copy kat sini ..., yang tukang ambil gambar pulak ( tentunya Pah Hanim..........) katanya dia boleh cut & paste mukanya...cam mane ye...Pah tolong ajar nanti ok !.....




Gambar bersama KB Kemanusiaan , semestinya Ketua Kontingen acara ni... ( gurau je ! .....Tq sebab kalau Pah R tak cadangkan majlis ini tak adalah ! Tahniah untuk kita semua & moga persahabatan tambah erat antara kita ....)



Saturday, October 31, 2009

cenderahati & Surau Bkt Istana.

Hari Sabtu ,kami warga Bukit Istana dengan rasa penuh kesyukuran berkumpul di surau kami yang baru 80% siap untuk majlis solat hajat & tahlil serta doa selamat sambil meraikan kawan2 yang akan berangkat menunaikan haji pada musim haji tahun ini, semoga semua mereka selamat pergi dan kembali .Sambil itu kami dapat beramah mesra dengan jiran2 yang jarang2 dapat bertemu atas kesibukan seharian. Semua nya rasa seronok kerana dengan adanya surau ini mungkin banyak aktiviti yang dapat kami jalankan dan lebih mengeratkan lagi silatulrahim antara kami , mudah-mudahan .......amin.

Minggu lepas pada hari Selasa anakku Amin telah mengikuti rombongan sekolahnya ke KL selama 3 hari , amboi ......... seronok sekali mengikut ceritanya , dapat melawat banyak tempat menarik tambahan lagi bersama kawan-kawan sepelajaran........lagilah seronok agaknya,, tapi yang pasti anak-anak pun dah pandai ......ingatan pada family tak lupa, lihatlah ......
Baju gambar ikan ........untuk adik amir
Key chain .....................untuk 2 orang abang
Key chain.......................untuk ayahnya
Magnet ........................untuk lekat di peti sejuk pun ada !
Bunga & pasu.................untuk emaknyalah siapa lagi !!!!!!!!
Thank-you so much kepada Amin Aiman atas ingatan kepada kami.................
Semoga Amin jadi anak yang baik , beriman & soleh........

Monday, October 26, 2009

majlis khawin d kl

Sebelum majlis kami ambil angin dulu kat Kl sambil makan-makan , dengan anak-anak, Pernah makan kat sini? Kami pun first time masuk ......anak2 suka mencuba yang tak pernah try tu yang dia nak cuba......tapi ooklah juga.....kalau belum cuba silalah...... kat mana .....SOGO je !

Long & Ayah Long bergaya sakan nampaknya , atas tu Kak Ani & Nasuha, .....tak lama lagi Kak Ani pulak jadi pengantin so tengok-tengoklah ye !!!!!



Sekitar majlis persandingan tapi gambar pengantin tak jadi pulak sebab bergoyang kamera ....anak2 masih tak cekap nak ambil gambar........


Ini cenderahati yang kami dapat , terima kasih tak terhingga.............sungguh istimewa....



Kenal tak dengan siapa kami posing ni, ...... tulah Adibah Noor ,temankan anak-anak je tu tapi tak pelah kalau nak bergambar dekat Jomheboh tak pernah pegi kat sini kira oklah tu !!!!




Inilah gambar Adibah Noor sedang buat persembahan.......