CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 21, 2009

Kisah anak-anak...


Minggu akhir persekolahan 2009. detik gembira untuk anak ku Amin ...... beliau terpilih sebagai tokoh pelajar lelaki 2009, walaupun kami agak terkejut......tetapi bersyukur atas kurniaan itu semoga anugerah itu menjadi pendorong kepada Amin untuk lebih berjaya dalam meniti hari-hari berikut dalam hidupnya... Anugerah ini juga mengingatkan kembali kisah 6 tahun lalu dimana anak ku Afiq juga menerima Anugerah Tokoh pelajar di SK Teruntum sekali gus mendapat keputusan 5A dalam UPSR pada tahun 2002 ,kalau tak silap...
Dalam hati rasa bangga juga untuk anak-anak ku kerana rasanya bukan senang untuk terpilih sebagai yang terbaik dikalangan ramai kawan2 lain . .....Syukur atas kurniaan Mu.
Lalu pada hari Khamis hati berdebar lagi menunggu keputusan Amin.....akhirnya Alhamdillilah Amin berjaya tersenarai salah seorang daripada 30 org yang mendapat 5A di SKIM UTAMA, tahniah buat anakanda ku ini, walaupun rasanya selama ni kerisauan ku pada Amin melebihi abang2nya tapi Amin sebenarnya telah membuktikan dia boleh.......tahniah ye Amin, mum harap Amin lebih bersemangat untuk belajar bersungguh2 demi masa depan Amin ,
Mum doakan Amin dapat peluang belajar di sekolah yang dapat menjadikan Amin seorang insan cemerlang di dunia & akhirat. insyaAllah.......
Sebagai hadiah , Amin dah pun dapat apa yang dihajati so lepas ni jangan malas lagi ok..... mesti jadi anak yang baik & berakhlak , esok kita akan pergi bercuti, kemana ye .....just wait & see!!!

2 comments:

mr cekodok said...

tahniah anak cikgu dapat 5a and best student.semoga beliau berjaya dalam pelajaran,kehidupan di dunia dan akhirat, insyaAllah.nasihat saya kepada amin, bila dapat sekolah berasrama nanti pandai lah memilih kawan, jangan tinggal solat dan pelihara hubungan baik dengan ibubapa=)

hajah zainab bt abdullah said...

Tahniah buat Amin!