Bersama GC Bm & GC Sejarah(Pn. CZaharah akan meninggalkan kami untuk mengikut suami bertukar ke Melaka,cam mana nak order karipap lagi !!!), dan juga KP PI , -semua nya kawan-kawan yang menceriakan hari-hari di SMKPB,semoga persahabatan kami terus dirahmati oleh Allah...Amin...
Monday, June 29, 2009
Majlis Penutup Minggu Ko-kuria
Posted by zureidah nadzeri at 10:04 PM 0 comments
Hari Guru Daerah Kuantan
Pn. Hjh Hatijah dan Datin Hjh Fauziah bergambar bersama Puan Kamisah, yang pasti kami sangat bangga dengan anda Pn. Kamisah ,semoga menjadi contoh dan semangat kepada guru-guru lain, tahniah !!!
Posted by zureidah nadzeri at 9:49 PM 0 comments
Thursday, June 25, 2009
Majlis Bidang Sc & Maths
Maaf kerana lambat publish kan gambar, sebab tengok dalam blog kawan2 dah lama ada,maklumlah " budak baru belajar ".
Petang isnin 22 Jun jam 3 petang kami mengotakan janji untuk bertemu Kak Nab yang telah sebulan bersara, sambil meraikan juga Pn. Halimah yang akan bercuti ke Qatar mengikut suaminya tak lupa juga Cik Aqilah yang akan menyambung pelajaran ke UPSI, sesungguhnya jasa mereka tidak ternilai banyaknya kepada Bidang Sains & Matematik SMKPB, terimakasih dan semoga gembira, bahagia dan berjaya dalam setiap yang akan dilalui selepas ini. Yang paling bagusnya Kak Nab pulak yang menyambut kami! Sepatutnya kami lah yang menyambut Kak Nab ye, maaf Kak Nab, memang Kak Nab sentiasa menepati masa, kami pulak dari sekolah ada bermacam aktiviti sebab tulah lambat, maafkan kami!
Terimakasih kami ,kepada rakan2 lain Pn. S.Radziah , Pn. Mariana,Pn. Junaidah & Pn Haniliza(GPK SMK Bt Rangin) yang sudi meluangkan masa bersama ke majlis ini, paling respect Tn . Hj Nazli yang satu2nya guru lelaki yang hadir menceriakan majlis.(Terimakasih atas bacaan doa !!!!!). kenangan petang itu akan kami simpan sebagai tanda ikatan persahabatan kita yang akrab dikalangan guruguru SMKPB. Kami semua jealous dengan Kak Nab sebab katanya setiap hari yang dilalui sangat mengembirakan beliau setelah bersara kami doakan Kak Nab terus bahagia dan diberkati Allah sentiasa. ( Tak perlu fikir cam mana nak masuk kelas 3D lagi !!!! )
Posted by zureidah nadzeri at 8:54 PM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
21 jun
Posted by zureidah nadzeri at 9:01 PM 0 comments
Friday, June 19, 2009
Cerita lagi..
Gambar ni ambil dari blog Pah , sempena Kem Matematik tempoh hari, tq Pah ye !
Salam kepada semua , lama dah tak tulis, hari ni baru lah dapat peluang dan ruang untuk menulis sepatah dua kata di sini, maaf kepada" peminat" yang menunggu nak baca cerita ku ! ceh ....ada ke peminat, ada ........ yang pasti anak-anak ku yang jauh di mata ( Gombak & Nilai ). Minggu ni busy dgn persiapan minggu ko-kuria yang akan diadakan sepanjang minggu depan sehingga hari Sabtu ( tak dapat lah ke KL untuk majlis khawin anak sepupu sekaligus tak dapat nak ambil bondaku kerana Sabtu tu hari persekolahan ganti...harap bonda bersabar , insyaAllah ada masa lain terluang kami akan ambil bonda ye! ) Ops.... lupa nak cerita tadi majlis ilmu di sekolah untuk pelajar perempuan saya telah berkongsi ilmu dengan pelajar tentang Influenza A H1N1, sumber nya tak lain dari suamiku ,terimakasihlah kepada beliau kerana sudi membantu dan rasanya input yang di beri sangat berguna kepada pelajar -pelajar dan juga saya sendiri.
Terimakasih juga kepada adikku ustazah Arija kerana menghadiahkan cenderahati sebelum pulang, Alhamdullilah.
Posted by zureidah nadzeri at 6:26 PM 0 comments
Sunday, June 14, 2009
Hello !
Ini cubaan dr photoscape tapi tak tahu nak letak text cam mana ye, nanti lah belajar dari pah Hanim!
Rupanya waktu cuti lebih sibuk dari hari sekolah sampai tak sempat nak buka blog ni, 8 n 9 Jun yang lepas dah selesai Kem Matematik dari 8 pg hingga 5 petang , tahniah kepada pelajar2 yang telah menunjukkan minat dan kesungguhan mereka tanpa jemu, tapi agak kecewa pada yang tak dapat hadir kerana mereka telah dibayar oleh pihak sekolah seorang sebanyak RM40, bayangkan lah betapa ruginya bila mereka tak hadir, walaupun telah diminta kepastian sebanyak 5 kali boleh dtg atau tidak, yang pasti bagi mereka yang tak hadir hari tu anda telah mengecewakan guru-guru dan anda telah kerugian ilmu !!!
Termakasih yang tak terhingga kepada En Amran dan Pn. Hjh Sha. Faridah Hanim yang telah sama-sama membantu mengawasi dan menunjukajar pelajar2 sepanjang kem berjalan dan kepada yang tidak dapat hadir diharap dapat membantu dilain kali walaupun jadual tidak disediakan kerana disamping membantu pelajar kita sendiri dapat belajar ilmu yang kita perlu itu.
Selesai kem , Hari Rabu pegi ke klinik gigi untuk tampal gigi, lepas tu hari Khamis ayah dan umi tiba dari Dungun kerumah ku ,dah lama pun mereka tak datang, so memang kena layanlah tetamu,kerana tetamu yang datangtu membawa seribu rahmat ke rumah kita ,insyaAllah, 2 hari 2 malam mereka dirumah kami ,saya pun menunjukkanlah ketokohan memasak walau pun tak pandai masak, mula dari pagi hinggalah ke malam,
Bila mereka dah pulang barulah mula mengemas rumah sikit , amin masih sakit mata dah hampir 2 minggu, kesian dia ,esok tak pasti boleh pegi sekolah atau tidak.
Dah habis dah cuti 2 minggu yang rasanya macam 2 hari je, suami sibuk denga H1N1,malam pun masih berada di bilik gerakannya, . Semoga semua yang kami lakukan mendapat rahmat dan keberkatan disisimu , amin...... Esok akan bermula sekolah seperti biasa...
Posted by zureidah nadzeri at 10:35 PM 0 comments


