CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 14, 2009

Hello !

Ini cubaan dr photoscape tapi tak tahu nak letak text cam mana ye, nanti lah belajar dari pah Hanim!
Rupanya waktu cuti lebih sibuk dari hari sekolah sampai tak sempat nak buka blog ni, 8 n 9 Jun yang lepas dah selesai Kem Matematik dari 8 pg hingga 5 petang , tahniah kepada pelajar2 yang telah menunjukkan minat dan kesungguhan mereka tanpa jemu, tapi agak kecewa pada yang tak dapat hadir kerana mereka telah dibayar oleh pihak sekolah seorang sebanyak RM40, bayangkan lah betapa ruginya bila mereka tak hadir, walaupun telah diminta kepastian sebanyak 5 kali boleh dtg atau tidak, yang pasti bagi mereka yang tak hadir hari tu anda telah mengecewakan guru-guru dan anda telah kerugian ilmu !!!
Termakasih yang tak terhingga kepada En Amran dan Pn. Hjh Sha. Faridah Hanim yang telah sama-sama membantu mengawasi dan menunjukajar pelajar2 sepanjang kem berjalan dan kepada yang tidak dapat hadir diharap dapat membantu dilain kali walaupun jadual tidak disediakan kerana disamping membantu pelajar kita sendiri dapat belajar ilmu yang kita perlu itu.
Selesai kem , Hari Rabu pegi ke klinik gigi untuk tampal gigi, lepas tu hari Khamis ayah dan umi tiba dari Dungun kerumah ku ,dah lama pun mereka tak datang, so memang kena layanlah tetamu,kerana tetamu yang datangtu membawa seribu rahmat ke rumah kita ,insyaAllah, 2 hari 2 malam mereka dirumah kami ,saya pun menunjukkanlah ketokohan memasak walau pun tak pandai masak, mula dari pagi hinggalah ke malam,
Bila mereka dah pulang barulah mula mengemas rumah sikit , amin masih sakit mata dah hampir 2 minggu, kesian dia ,esok tak pasti boleh pegi sekolah atau tidak.

Dah habis dah cuti 2 minggu yang rasanya macam 2 hari je, suami sibuk denga H1N1,malam pun masih berada di bilik gerakannya, . Semoga semua yang kami lakukan mendapat rahmat dan keberkatan disisimu , amin...... Esok akan bermula sekolah seperti biasa...

0 comments: