CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 1, 2010

1 st April 2010


Assalamualaikum ........lamanya dah tak tulis , bila baca blog Pah Hanim rasa rindu pulak nak tulis , agaknya rasa rindu pada Pah Hanim yang masih bercuti sakit tu, akak doakan Pah cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah dengan cepat ......insyaAllah .
Sejak semenjak ni rasa masa terlalu padat hingga nak mengadap komputer rasa tak ada ruang...........
Walaupun anak-anak di UIA dah nak abis exam , tapi tak kisah lah mum ucapkan GOOD LUCK & All THE BEST......
Untuk Amin , semoga Amin tabah menghadapi cabaran kehidupan di SBPI, dan menjadi pelajar cemerlang dunia & akhirat,semoga Amin kuat menghadapi cabaran yang bakal mendatang........
Ingat kita semua hanya ada 3 hari sahaja :
1. Hari semalam yang tak perlu di kenang.........
2. Hari esok yang perlu di isi dengan cita-cita dan harapan tinggi...
3. Hari ini yang belum pasti boleh kita duduki sepenuh nya..........
Semoga Allah memberkati hidup kita selamanya..........

Saturday, March 6, 2010

Birthday abang pulak......

Happy Birthday To Abang, (6th March, 2010).......
Nampaknya abang celebrate dengan adik je dulu di UIA ok, .Kami semua kat rumah doakan abang dipanjangkan umur dalam kesejahteraan dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat... amin.
Hari ni abang dah 20 tahun dah ,cukup dewasa dan matang ,semoga abang terus tabah melalui liku-liku kehidupan dan berjaya menyusuri jalan yang telah ditentukan oleh Nya dan semoga jalan ini akan menjadikan abang seorang insan , yang sempurna di dunia dan akhirat.

Teringat juga semasa abang nak dilahirkan , pagi tu mummy nak bersedia ke peperiksaan am kerajaan..... (exam yang wajib ambil bagi pengesahan jawatan waktu tu ) masih pegang nota sambil dah nak keluar rumah, tiba-tiba , kain rasa disirami air, basah habis......rupa2nya petanda nak melahirkan abang........walaupun pep. tu kena ditangguhkan 2 tahun selepas tu sebab setahun kemudian mummy melahirkan adik pulak !..... tak pernah mummy rasa menyesal lambat disahkan jawatan kerana Allah telah kurniakan mummy anak-anak yang baik dan sentiasa menggembirakan, .........itulah rezeki yang tidak ternilai yang telah Allah anugerahkan , syukur Alhamdullilah......

Tuesday, February 16, 2010

14 Februari......... Selamat Hari Jadi untuk Amin !!!!!


14 Februari , hari istimewa bagi kami sekeluarga kerana hari jadi Amin yang di sayangi......
Amin baru 13 belas tahun tapi nampak macam .............. dah besar anakku ini ! Amin ni suka makan pizza , walaupun maknya tak suka tapi demi anak, kuturuti juga...... Kami doakan Amin sihat ,sejahtera selalu ,menjadi seorang insan beriman & berakhlak mulia , dan berjaya dalam apa saja yang Amin cita-cita kan, InsyaAllah.....
Teringat juga waktu melahirkan Amin, waktu tu di Rompin, masih belum ada hospital, cuma ada klinik kesihatan je, waktu Amin dah selamat dilahirkan , rasanya macam lemah sangat sebab mengalami tumpah darah yang banyak, nasib baik ayahnya cepat sedar....... masa tulah naik ambulance ke HTAA Kuantan , rasa macam dah tak ada harapan dah masa tu, tapi Alhamdullilah.... Allah masih bagi peluang agaknya untuk membesarkan anak-anak yang ada 4 orang ni , supaya menjadi pemimpin-pemimpin yang berkualiti,( sebab mereka ni semua lelaki, at least jadi pemimpin dalam keluarga nanti ) . Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang ini kepada saya, semoga Allah sentiasa membimbing & memberi jalan kepada saya untuk mendidik anak2 ini kejalan yang di redhai Nya......


Friday, January 15, 2010

Selamat kembali ke sekolah !!! Dah 2 minggu sessi 2010 bermula ,macam biasa kalau tak sibuk bukan sekolah namanya, ......tapi apa pun kami sempat merakamkan saat gembira ni bersama sebahagian rakan2 ditepi kolam makmal ict, posing juga sebelum berkejar ke kelas first day ari tu, time kasih buat teman-teman dibawah bidang sains & matematik yang bersatu hati memakai " baju kita " pada ari tu, yang belum siap tu cepat2 buat ye !

2010 rasa lebih sunyi sebab seorang lagi anak ku, telah kami lepaskan untuk berdikari demi masa depannya....... mummy sentiasa berdoa semoga Amin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan tabah menghadapi segala dugaan walaupun agak sukar pada mula ni.
Mummy percaya Amin boleh, dan insyaAllah Amin akan jadi seperti abang & adik ,menjadi anak2 yang baik dan soleh ,insyaAllah.

Selamat bersekolah juga untuk si comel kami Amir, semoga Pra sekolah ABIM memberi kan Amir peluang untuk menjadi anak ku yang beriman dan beramal soleh , insyaAllah.......




Wajah-wajah bonda di hari pertunangan cucunda baru-baru ini di Ipoh. Doa kami semoga ikatan ini di rahmati Allah . ....amin.












Wednesday, December 23, 2009

majlis anugerah biasiswa

Minggu lalu kami dijemput oleh Proton, meraikan pelajar2 yang menerima biasiswa Yayasan Proton, di Shah Alam kerana salah seorang tu abang......tahniah ye abang !!

Abang bergambar bersama 10 orang yang menerima bagi tahun 2009, syukur kepada Allah kerana memilih anakku salah seorang penerima moga ia menjadi pembakar semangat untuk abang berusaha lebih gigih lagi..... Kebetulan jumpa kawan suamiku , Ghazali yang sama2 belajar di Um dulu dan sama2 tinggal di 2nd coll. dulu , beliau pun membawa kami melawat kilang pemasangan kereta Saga & Exora , seronok jugalah si comel Amir tu sebab bukan senang nak masuk , tapi tak bo ambil gambar . anyway tq so much,
Terimakasih ku juga kepada kedua2 orang anak saudara ku , AAN & KAK ANI yang telah sudi menjadi penjamin untuk abang ......... kalau nak beli Exora nanti bo le contact abang ye ,tapi doakan abang berjaya dulu ...InsyaAllah.




majlis nikah kak ani






Selamat Pengantin Baru buat Kak Ani, semoga berbahagia hingga ke anak cucu...insyaAllah. Masa berlalu cepat sekali ...teringat lagi lebih 20 tahun lalu ....waktu tu zaman kat UMalaya masih belajar, kawanku ......(sekarang SUAMIKU!!) telefon ke kampongnya guna public phone...... kakak nya baru bersalin dapat anak perempuan , tahniah kataku ......rupanya itulah Kak Ani......yang dah pun tamat belajar .....mendapat pekerjaan untuk kehidupannya dan hari tu dah pun ditemukan jodohnya oleh Yang Maha Esa dengan suaminya Rahmat, kami doakan semoga mereka berdua terus berjaya dalam kehidupan dan sentia sa dalam rahmat Allah... amin
Tahniah sekali lagi dan semoga adik2 & sepupu2 nya yang lain mengikut jejak Kak Ani, selamat menempoh hidup baru dengan penuh ketabahan kami iringi dengan doa......



Sunday, December 13, 2009

padatnya bulan disember 2009

Bermula dengan 1 Dis rasanya diari kehidupan ni berputar laju , kalau zaman dulu sikit, bulan dis ni boleh relax sepenuhnya , boleh balik kg berminggu-minggu, tapi semua tu tinggal kenangan saja ........ bila usia makin meningkat ni dengan anak2 yang makin dewasa, banyak urusan yang perlu dibereskan sepanjang disember....... InsyaAllah semua yang ku lakukan ini di redhai Yang Maha Esa .
1 dis- Amin meneruskan pengajian Al quran yang telah bermula selepas tamat UPSR nya bersama ustaz Adwa Al- Hafiz bagi membetulkan bacaan dan cara menghafal beb surah sebagai persediaan ke ting 1.
2 dis - Afiq mendaftar di UIA Gombak setelah berada di Nilai selama 3 semester, Dalam perjalanan kami mendapat berita sedih anakanda jiran kami , Siti Khadijah meninggal , tatkala ayah dan bondanya berada di Tanah Suci Mekah, semoga Datin Juriah & Datuk Kadir tabah menghadapi dugaan hebat ini. Al- Fathihah......
3dis - Amin ke Temuduga SMA Al-Maarif Bukit Goh Kuantan-(hujan turun selebatnya bagai memberi rahmatnya kepada Amin )
4 dis- Kami ke K TRG menghadiri majlis Akad nikah Kak Ani , sedihnya tidak dapat meraikan hari khenduri pada esoknya kerana perlu balik ke Kuantan.
5 dis- Amin menghadiri temuduga di MTNP Tjg Lumpur- ( hari tu juga hujan turun dengan lebat bagaikan bersetuju dengan halatuju Amin untuk menjadi seorang hafiz ...InsyaAllah )
6dis- Menghantar abang kke UIA Gombak bagi menyambung semesternya.
7dis- bertugas di SMKPB, bersama kawan 2 seangkatan update data untuk perspektus sekolah 2010
8 dis- membantu KB Kemanusiaan mengemas kini takwin sekolah 2010
10 dis- berbincang tentang jadual waktu di sekolah.
11 dis - Bertugas di sekolah
12 dis -Ke bandar membeli keperluan Amin
13 dis- Amin masuk ke ujian saringan kedua MTNP selama 4 hari , ayah & bonda mengiringi Amin dengan doa semoga Amin cemerlang di sana dan berjaya .
16 dis - akan ke Shah Alam untuk memberi sokongan kepada abang yang akan menerima biasiswa Proton, mungkin peluang ini menjadi kan abang lebih berusaha dan bersemangat untuk belajar, insyaAllah kami doakan ...tahniah untuk abang!

Tarikh 2 seterusnya dah ada tapi nantilah disambung ,yang pasti cuti Krismas mesti balik ke Ipoh menjengok bonda yang dah lama menanti sambil meraikan majlis pertunangan anak saudara ku yang sulong, InsyaAllah.... semoga cita2 dan niat suciku ini akan dapat ku penuhi.