CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 26, 2009

26 ogos

( Kepada sahabatku Pah Hanim, izin kan copy gambar ni ye ! )
Assalamualaikum , Selepas 11 hari tak menulis kat sini , rasanya hari ni paling bertuah dapat buka blog,(sambil bertugas di sekolah ). First of all nak ucapkan " Selamat menjalani ibadah puasa "kepada semua ahli keluargaku, sanak saudara samada di Ipoh, Dungun ,kawan-kawan dimana sahaja berada di doakan kita mendapat rahmat dan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa bagi tahun ini, InsyaAllah......

Sebelum cuti sekolah iaitu dr 16 - 20 Ogos yang lalu telah berakhir Mesyuarat Penilaian & Teknikal di D RHU Kuantan , agak mencabar juga tugas yang perlu diselesaikan bagi saya "budak baru belajar ni " (sampai tak ingat nak merakamkan saat-saat manis di sana dik kerana terlalu sibuk hingga dalam perjalanan balik baru perasan ...eh, tak ambil gambar pun nak masuk ke blog ni !!!!! ) Walau apa pun detik-detik indah disana masih dirasa kerana dapat bersama kawan-kawan dalam geng kumpulan no 11 yang sentiasa ceria menjalankan tugas dan sanggup menerima cabaran dengan sikap yang positif, Terimakasih kepada Kak Saimah(Smk Panglima Garang, Benta), Pn. Rosilawati(SK Tanah Rata),Pn. Aminah (SMK Seri Lipis ), Pn. Syarizawati (SMK Jengka 21 ), Pn. Noraini (SMK Jengka 18), Pn. NorAzlina ( SMK Triang 3), Cg W. Fauzilah (SMK Sg Koyan, ) , Cik Noor Atiqah (SMK Sg Koyan) dan tak lupa roomate Pn Zana (SMK Peramu Jaya).....siang aje sebab tiap2 malam balik rumah walau pun abis lewat !! ( Kumpulan ni rasanya sentiasa ceria kerana ada saje cerita yang nak kami kongsi sambil buat kerja, kerja pulak sentiasa tip-top !!! )Itulah pengalaman di sana .............
Sabtu 22 Ogos kita mula berpuasa, anak-anak ku pun sempat balik 2 hari untuk menyambut puasa d rumah, yang sedihnya bondaku pulak tak jadi nak balik kg sebab cucunya dr Johor tak boleh cuti,..... biasalah bonda teringat kg halaman, walaupun kami suka beliau berpuasa disini tp apakan daya......InsyaAllah minggu depan bolehlah bonda balik kg......
Selepas tu cuti, anakku Amin mula kelas tambahan daripada Ahad hinggalah Rabu ,kerana dah tak berapa hari nak UPSR ,semoga Amin berjaya dgn cemerlang ...............
25 Ogos , semalam PTK (walaupun dah dapat Aras 3, ada peluang sekali lagi untuk cuba!)tapi soalannya punyalah susah rasa macam tak de masa depan je !!!! Tak pelah kalau ada rezeki tu adalah, kalau tak redha je lah .......
Hari ni bertugas kat sekolah , Pengetua arahkan ambil soalan Trial pulak kat PPD, terpaksa pegi bersam Kak Kiah , ada 6 kotak semuanya .......berat jugalah , tapi enjoy juga bersembang dengan Kak Kiah yang baru bertukar ke SMKPB, dia peramah n sangat baik hati......

Ok lah rasanya dah tak de idea, kalau ada masa cerita lagi.......
Selamat berpuasa dan menunaikan solat Terawih ( seronok sangat....kerana anak bongsuku dah pandai jaga diri dan boleh dibawa ke masjid untuk solat Tarawih tapi malam tadi dia buat suspend sikit ........ikut kawan dia yang bawa mainan ke masjid......berdebar rasanya bila selesai solat tengok dia tak ada ditempat biasa....... pusing satu round rupa2nya dia pun pusing satu round, .....pas tu dia ok je katanya esok kawan nak bawa mainan lain pulak !!!!! )


Saturday, August 15, 2009

15ogos

Hari ni baru boleh buka blog ku setelah lebih 1 week tak buka, .... suamiku pulak yang demam, biasalah bermanja lebih bila demam, nak macam-macam .............. alhamdullilah dah pun beransur baik dan sihat seperti biasa, ..... tiba-tiba dapat call dari boss( Pengetua lah tu ....) kena gantikan Tn. Hj Nazli ke kursus ....apa ye surat belum ambil lagi ! Mulai 16 Ogos hingga 20 Ogos ni ........ jawapan dah pasti YES BOSS!!!!! Kelam kabut nak urus kan anak2 untuk seminggu ni, suamiku pulak always busy............InsyaAllah semua akan berjalan lancar , hidup perlu di teruskan...........

Monday, August 3, 2009

3 ogos 09

Sama tak muka abang ( yang baju kelabu) dengan anak murid ku (gambar bawah..) Cuba teka !



Ini gambar anak murid ku....., kata Pah Radziah mukanya seiras dengan anakku, betul ke ... entahlah ,cam mana betulke bang , agaknya adalah sikit kut !

Hari ni sempat buka blog sebab Amin tak pegi tuition, demam masih ada tapi dah tambah baik, risau juga semalam panasnya tak surut pun walaupun dah makan banyak panadol, (tapi ada yang tak masuk sebab dia memang susah nak makan ubat ! ) Cam mana pulak adik kat Nilai , harap2 demam n sakit tengkok ari tu dah baik sepenuhnya, jagalah diri baik2 ok!!!


Sunday, August 2, 2009

Bulan Ogos dah !

Minggu lepas sibuk dengan seminar SPM di SMKPB, diharap anak-anak didik kami mendapat banyak ilmu yang disampaikan oleh guru2 yang dijemput datang, Dalam pada tu susah juga kami menguruskan pelajar2 nakal yang tak boleh ikut peraturan tu ,sampai ada yang kena kejar dengan guru2, itulah cabaran kami sebagai pendidik hari ini, Namun kami tak pernah putus asa kerana itulah tugas & amanah yang perlu kami laksanakan........ Semoga Allah tabahkan hati-hati kami bagi menghadapi cabaran ini.......

Nyaman suasana .............. Tak sedar rasanya masa berlalu , rupanya dah nak masuk bulan puasa tak lama lagi, semoga Allah tambahkan iman kepada kami sekeluarga supaya menjadi insan-insan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya, InsyaAllah....

Rasanya juga tak sempat untuk ku mencuri masa untuk menulis disini sejak kebelakangan ini , entah apalah disibukkan sangat ..........atau saja buat-buat sibuk kot!

Anakku Amin demam sejak hari Jumaat , mungkin kepenatan sebab baru je selesai Trial UPSR, dengan extra class petang & malam...... kesian juga tengok dia , semuga Amin lulus dengan cemerlang dalam UPSR nanti, , dan boleh menyambung pelajaran ke sekolah yang dapat memberikan ilmu dunia & akhirat untuk Amin....



Saturday, July 25, 2009

Banyaknye cerita....

Ini acara Bowling padang kategori Ibu bapa , o dapat nombor 3, hadiah nya .......lumayan gitu , alat memasak di dapur !!!

Ini suasana pagi dipadang Bkt Istana , Sabtu 25/7 adalah family day untuk warga B. Istana .

Isnin ada mesyuarat guru ,tamat jam 4.30 petang, juga bermula ujian 3 semua tingkatan

Selasa , kelas tambahan fasa 2 berjalan seperti biasa, setelah dibatalkan semalam .


Rabu..program bacaan yassin, selepas tu ada program kembara ilmu bagi pelajar t3 B & C, terimakasih kepada guru-guru sekolah lain yang telah menyumbang tenaga untuk SMKPB,Sebelah petang anakku tiada tuition, terus ajak suami ziarah sahabatku Ani yang masih ada di hospital, katanya tahap protein masih kurang 23 /65 saja, cecair dari badan masih keluar, jika berlarutan mungkin kena buat sesuatu pulak untuk pastikan punca sebenar, semoga Ani tabah menghadapi dugaan ini.....kami sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan Ani.

Hari Jumaat kami order karipap dr pengasuh anak Che Zaharah sebab Ustazah Sha. Maryam kalau lama tak order dia mulalah gelisah , katanya dah lama tak makan ...........so yang ambil pesanan kawan2 pastilah saya, ......tetap dan berpencen nampaknya......oklah juga buat kebajikan sikit!
Sabtu , sebelah petang ke Giant bawa bonda buat cermin mata , yang lama dah calar, tukar jelah yang baru, semoga bondaku gembira..........jasa bonda kepadaku tidak dapat dibalas walaupun dengan cermin mata baru, ..........agar apa yang ku buat untuknya mengembirakan hati bonda, InsyaAllah!
Ahad anakku Afiq akan bertolak balik ke Nilai menaiki bas, selamat belajar semula dan jadi orang yang beriman serta beramal soleh.

Saturday, July 18, 2009

Jumaat,17 July!

Syukur, alhamdullilah ...... bangun pagi teringat kat mimpi bersama Ani Jalil , bersama kawan-kawan lain, rasanya ceria sangat...........tapi cuma mimpi,Sampai di sekolah Pah Hanim tiba-tiba muncul kat meja katanya ada dengar berita tak Kak Ani masuk wad, kami pun terus tanya Pah Radziah ......seterusnya Pah R contact Pn zailani untuk pengesahan ..memang sah Ani ada di HTAA , ( dalam hati berkata2 tadi mimpi bersama Ani, macam ada kaitan pulak , itulah kuasa Allah...... kami memang kawan2 yang rapat ........) Lepas sekolah kami terus ke hospital , terkejut rasanya melihat keadaan Ani , hanya tuhan mengetahui perasaan kami, semoga Allah tabahkan hatinya menghadapi dugaan ini, semoga Ani sembuh sepenuhnya, itulah doa kami setiap masa........ walaupun nampak beliau gembira dengan kedatangan kami, tapi kami sangat memahami hatinya........


Sebelah malam pulak anakku afiq balik bercuti sem- break dari Nilai, kami tunggu di terminal jam 1.30 pagi, lambatnya naik bas !!!!. Rasanya baru nak tido semula suami kejutkan ,katanya beliau nak ke rumah jiran, yang baru je meninggal akibat penyakit kanser.. ... begitulah takdir nya .......dah beberapa bulan keluar -masuk hospital ,bila dah sampai masa pergilah jua dia.........semoga roh Tn. Hj Rashid dicucuri rahmat dan semoga isteri beliau serta keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..Al- Fathihah....

Saturday, July 11, 2009

Seminggu yang lalu!

Kepala ikan masak 3 rasa.........................Sempena acara makan-makan bersama keluarga Pakcik Mat Din dari K Trg, orang kampung lah kiranya, kawan lama semasa kami tinggal di KTrg, hampir 15 tahun lalu masa tu anaknya Nurul & Ira budak-budak nakal lagi, tapi sekarang dah dewasa ..Nurul dah kerja sbg farmasi dan adiknya nak buat medic di Jordan .. ... Ibu dan ayah mereka nampaknya sangat gembira .......kami turut merasalah kegembiraan mereka tu !

Sayur Kailan ikan masin, em....yam....yam

Ini resepi Kak Chah dari KTrg, ikan tangkap sendiri oleh pakcik Mat Din,fresh gitu........ terimakasihlah kerana ingatan ,sedapnya hingga menjilat jari....bawalah selalu ye !! Tapi dalam masa sebulan lagi anaknya akan berangkat ke Jourdan jadi tak lah selalu ke Ktn lagi , apa pun kami doakan selamat belajar buat Ira , semoga berjaya menjadi seorang doktor.....kami tumpang bangga .......tahniah !






Hari Khamis lepas kami mengadakan latihan kebakaran di SMKPB, tapi guru-guru sempat juga bergambar ! (sambil bilang pelajar takut ada yang terbakar dalam bangunan!!) Tapi akhirnya semua berjalan lancar.