CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 6, 2010

Birthday abang pulak......

Happy Birthday To Abang, (6th March, 2010).......
Nampaknya abang celebrate dengan adik je dulu di UIA ok, .Kami semua kat rumah doakan abang dipanjangkan umur dalam kesejahteraan dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat... amin.
Hari ni abang dah 20 tahun dah ,cukup dewasa dan matang ,semoga abang terus tabah melalui liku-liku kehidupan dan berjaya menyusuri jalan yang telah ditentukan oleh Nya dan semoga jalan ini akan menjadikan abang seorang insan , yang sempurna di dunia dan akhirat.

Teringat juga semasa abang nak dilahirkan , pagi tu mummy nak bersedia ke peperiksaan am kerajaan..... (exam yang wajib ambil bagi pengesahan jawatan waktu tu ) masih pegang nota sambil dah nak keluar rumah, tiba-tiba , kain rasa disirami air, basah habis......rupa2nya petanda nak melahirkan abang........walaupun pep. tu kena ditangguhkan 2 tahun selepas tu sebab setahun kemudian mummy melahirkan adik pulak !..... tak pernah mummy rasa menyesal lambat disahkan jawatan kerana Allah telah kurniakan mummy anak-anak yang baik dan sentiasa menggembirakan, .........itulah rezeki yang tidak ternilai yang telah Allah anugerahkan , syukur Alhamdullilah......