CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 16, 2010

14 Februari......... Selamat Hari Jadi untuk Amin !!!!!


14 Februari , hari istimewa bagi kami sekeluarga kerana hari jadi Amin yang di sayangi......
Amin baru 13 belas tahun tapi nampak macam .............. dah besar anakku ini ! Amin ni suka makan pizza , walaupun maknya tak suka tapi demi anak, kuturuti juga...... Kami doakan Amin sihat ,sejahtera selalu ,menjadi seorang insan beriman & berakhlak mulia , dan berjaya dalam apa saja yang Amin cita-cita kan, InsyaAllah.....
Teringat juga waktu melahirkan Amin, waktu tu di Rompin, masih belum ada hospital, cuma ada klinik kesihatan je, waktu Amin dah selamat dilahirkan , rasanya macam lemah sangat sebab mengalami tumpah darah yang banyak, nasib baik ayahnya cepat sedar....... masa tulah naik ambulance ke HTAA Kuantan , rasa macam dah tak ada harapan dah masa tu, tapi Alhamdullilah.... Allah masih bagi peluang agaknya untuk membesarkan anak-anak yang ada 4 orang ni , supaya menjadi pemimpin-pemimpin yang berkualiti,( sebab mereka ni semua lelaki, at least jadi pemimpin dalam keluarga nanti ) . Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang ini kepada saya, semoga Allah sentiasa membimbing & memberi jalan kepada saya untuk mendidik anak2 ini kejalan yang di redhai Nya......