Saturday, May 15, 2010
15 mei,
Posted by zureidah nadzeri at 9:59 AM 1 comments
Thursday, April 1, 2010
1 st April 2010
Posted by zureidah nadzeri at 8:22 PM 0 comments
Saturday, March 6, 2010
Birthday abang pulak......
Happy Birthday To Abang, (6th March, 2010).......
Nampaknya abang celebrate dengan adik je dulu di UIA ok, .Kami semua kat rumah doakan abang dipanjangkan umur dalam kesejahteraan dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat... amin.
Hari ni abang dah 20 tahun dah ,cukup dewasa dan matang ,semoga abang terus tabah melalui liku-liku kehidupan dan berjaya menyusuri jalan yang telah ditentukan oleh Nya dan semoga jalan ini akan menjadikan abang seorang insan , yang sempurna di dunia dan akhirat.
Teringat juga semasa abang nak dilahirkan , pagi tu mummy nak bersedia ke peperiksaan am kerajaan..... (exam yang wajib ambil bagi pengesahan jawatan waktu tu ) masih pegang nota sambil dah nak keluar rumah, tiba-tiba , kain rasa disirami air, basah habis......rupa2nya petanda nak melahirkan abang........walaupun pep. tu kena ditangguhkan 2 tahun selepas tu sebab setahun kemudian mummy melahirkan adik pulak !..... tak pernah mummy rasa menyesal lambat disahkan jawatan kerana Allah telah kurniakan mummy anak-anak yang baik dan sentiasa menggembirakan, .........itulah rezeki yang tidak ternilai yang telah Allah anugerahkan , syukur Alhamdullilah......
Posted by zureidah nadzeri at 8:30 PM 0 comments
Tuesday, February 16, 2010
14 Februari......... Selamat Hari Jadi untuk Amin !!!!!
Posted by zureidah nadzeri at 3:40 PM 0 comments
Friday, January 15, 2010
Selamat kembali ke sekolah !!! Dah 2 minggu sessi 2010 bermula ,macam biasa kalau tak sibuk bukan sekolah namanya, ......tapi apa pun kami sempat merakamkan saat gembira ni bersama sebahagian rakan2 ditepi kolam makmal ict, posing juga sebelum berkejar ke kelas first day ari tu, time kasih buat teman-teman dibawah bidang sains & matematik yang bersatu hati memakai " baju kita " pada ari tu, yang belum siap tu cepat2 buat ye !
2010 rasa lebih sunyi sebab seorang lagi anak ku, telah kami lepaskan untuk berdikari demi masa depannya....... mummy sentiasa berdoa semoga Amin dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan tabah menghadapi segala dugaan walaupun agak sukar pada mula ni.
Mummy percaya Amin boleh, dan insyaAllah Amin akan jadi seperti abang & adik ,menjadi anak2 yang baik dan soleh ,insyaAllah.
Selamat bersekolah juga untuk si comel kami Amir, semoga Pra sekolah ABIM memberi kan Amir peluang untuk menjadi anak ku yang beriman dan beramal soleh , insyaAllah....... Wajah-wajah bonda di hari pertunangan cucunda baru-baru ini di Ipoh. Doa kami semoga ikatan ini di rahmati Allah . ....amin.
Posted by zureidah nadzeri at 9:32 PM 0 comments