CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 23, 2009

majlis anugerah biasiswa

Minggu lalu kami dijemput oleh Proton, meraikan pelajar2 yang menerima biasiswa Yayasan Proton, di Shah Alam kerana salah seorang tu abang......tahniah ye abang !!

Abang bergambar bersama 10 orang yang menerima bagi tahun 2009, syukur kepada Allah kerana memilih anakku salah seorang penerima moga ia menjadi pembakar semangat untuk abang berusaha lebih gigih lagi..... Kebetulan jumpa kawan suamiku , Ghazali yang sama2 belajar di Um dulu dan sama2 tinggal di 2nd coll. dulu , beliau pun membawa kami melawat kilang pemasangan kereta Saga & Exora , seronok jugalah si comel Amir tu sebab bukan senang nak masuk , tapi tak bo ambil gambar . anyway tq so much,
Terimakasih ku juga kepada kedua2 orang anak saudara ku , AAN & KAK ANI yang telah sudi menjadi penjamin untuk abang ......... kalau nak beli Exora nanti bo le contact abang ye ,tapi doakan abang berjaya dulu ...InsyaAllah.




majlis nikah kak ani






Selamat Pengantin Baru buat Kak Ani, semoga berbahagia hingga ke anak cucu...insyaAllah. Masa berlalu cepat sekali ...teringat lagi lebih 20 tahun lalu ....waktu tu zaman kat UMalaya masih belajar, kawanku ......(sekarang SUAMIKU!!) telefon ke kampongnya guna public phone...... kakak nya baru bersalin dapat anak perempuan , tahniah kataku ......rupanya itulah Kak Ani......yang dah pun tamat belajar .....mendapat pekerjaan untuk kehidupannya dan hari tu dah pun ditemukan jodohnya oleh Yang Maha Esa dengan suaminya Rahmat, kami doakan semoga mereka berdua terus berjaya dalam kehidupan dan sentia sa dalam rahmat Allah... amin
Tahniah sekali lagi dan semoga adik2 & sepupu2 nya yang lain mengikut jejak Kak Ani, selamat menempoh hidup baru dengan penuh ketabahan kami iringi dengan doa......



Sunday, December 13, 2009

padatnya bulan disember 2009

Bermula dengan 1 Dis rasanya diari kehidupan ni berputar laju , kalau zaman dulu sikit, bulan dis ni boleh relax sepenuhnya , boleh balik kg berminggu-minggu, tapi semua tu tinggal kenangan saja ........ bila usia makin meningkat ni dengan anak2 yang makin dewasa, banyak urusan yang perlu dibereskan sepanjang disember....... InsyaAllah semua yang ku lakukan ini di redhai Yang Maha Esa .
1 dis- Amin meneruskan pengajian Al quran yang telah bermula selepas tamat UPSR nya bersama ustaz Adwa Al- Hafiz bagi membetulkan bacaan dan cara menghafal beb surah sebagai persediaan ke ting 1.
2 dis - Afiq mendaftar di UIA Gombak setelah berada di Nilai selama 3 semester, Dalam perjalanan kami mendapat berita sedih anakanda jiran kami , Siti Khadijah meninggal , tatkala ayah dan bondanya berada di Tanah Suci Mekah, semoga Datin Juriah & Datuk Kadir tabah menghadapi dugaan hebat ini. Al- Fathihah......
3dis - Amin ke Temuduga SMA Al-Maarif Bukit Goh Kuantan-(hujan turun selebatnya bagai memberi rahmatnya kepada Amin )
4 dis- Kami ke K TRG menghadiri majlis Akad nikah Kak Ani , sedihnya tidak dapat meraikan hari khenduri pada esoknya kerana perlu balik ke Kuantan.
5 dis- Amin menghadiri temuduga di MTNP Tjg Lumpur- ( hari tu juga hujan turun dengan lebat bagaikan bersetuju dengan halatuju Amin untuk menjadi seorang hafiz ...InsyaAllah )
6dis- Menghantar abang kke UIA Gombak bagi menyambung semesternya.
7dis- bertugas di SMKPB, bersama kawan 2 seangkatan update data untuk perspektus sekolah 2010
8 dis- membantu KB Kemanusiaan mengemas kini takwin sekolah 2010
10 dis- berbincang tentang jadual waktu di sekolah.
11 dis - Bertugas di sekolah
12 dis -Ke bandar membeli keperluan Amin
13 dis- Amin masuk ke ujian saringan kedua MTNP selama 4 hari , ayah & bonda mengiringi Amin dengan doa semoga Amin cemerlang di sana dan berjaya .
16 dis - akan ke Shah Alam untuk memberi sokongan kepada abang yang akan menerima biasiswa Proton, mungkin peluang ini menjadi kan abang lebih berusaha dan bersemangat untuk belajar, insyaAllah kami doakan ...tahniah untuk abang!

Tarikh 2 seterusnya dah ada tapi nantilah disambung ,yang pasti cuti Krismas mesti balik ke Ipoh menjengok bonda yang dah lama menanti sambil meraikan majlis pertunangan anak saudara ku yang sulong, InsyaAllah.... semoga cita2 dan niat suciku ini akan dapat ku penuhi.

Wednesday, December 9, 2009

Semasa d Sabah..

Sebenarnya dah agak lama ke Sabah ni , rasanya sebelum raya haji lagi tapi sibuk dengan hal-hal lain tak sempat letak gambar disini....... Syukur kepada Allah kerana mengizinkan kami satu family menjejakkan kaki ke bumi Sabah .
Bertolak awal pagi dari Kuantan menaiki kereta kami ke KLIA-LCCT , jam 3. 50 bertolak ke KK,hampir 2 1/2 jam perjalanan barulah sampai dan hari semakin gelap d sana sebab waktu Magribnya awal 1/2 jam dari tempat kita.

Tempat menginap ni namanya Marina Court Resort & Condo terletak di tengah bandar KK ,dekat dengan segala kemudahan ...yang penting dekat dengan Pasar Filipino(kraftangan banyak kat situ )


Pemandangan sekitar bandaraya KK yang sedang pesat membangun, tapi jalanrayanya sesak sangat sama macam kita nak balik kampong masa raya tu ! So kalau nak kemana2 sesudah subuh mesti gerak dah kalau tak alamatnya , makan roti letak JEM!!!!!

Hari kedua kami ke kaki gunung kinabalu, awal pagi memulakan perjalanan, yang tak bagusnya tak banyak signboard yang boleh membantu menuju ketempat yang dituju hingga tersesat jalan tapi mujur suami jenis yang suka bertanya so at last sampai juga di KAKI Gunung Kinabalu. Rupanya memang sejuk kat situ suami dah pesan pada anak2 bawa baju sejuk tapi ingatkan sejuk setakat mana sangatlah tapi rupa2nya memang sejuk, nasiblah semua yang disisi tu banyak lemak bolehlah tumpang sikit2! Ada beberapa peringkat yang boleh didaki dan sampai ke beberapa level ada tempat menginap dan tempat berehat. Nak naik ke puncak kita perlu bayar dulu ye bukan naik begitu sahaja. ....Tapi malangnya kami tak sempat nak naik sebab masa tak mengizinkan....nantilah lain kali kot ! Tapi bila dah sampai sini pun rasa syukur sebab suasananya seperti dah berada kat puncak dah ! So kalau anda2 ke sini jgn lupa datang melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa..



Kalau kemana2 mesti singgah ke zoo sebab kami ada si comel yang sangat suka tengok haiwan....Ingat lagi 3 tahun lepas kami ke Sarawak ada juga pegi ke zoo!!! So kat situ abang-abang melayan kerenah Amir yang nak tengok semua haiwan yang kebanyakan nya tak ada di sini.




Ini tempat yang paling best sekali sebab ada banyak benda yang bo dlihat dan di beli tapi cam mana nak buat saya sorang je yang suka yang lain semua boring.........nasib baik sempat juga beli sikit untuk kenangan........ rasa nak pegi lagi , kena pegi sorang2 tapi itu tak mungkin terjadi !!!!! sebab saya ni kan disayangi kemana saja semua nak ikut !!!!! Syukur Alhamdullilah



4 hari di Sabah rasa tak cukup tapi apakan daya dah nak raya haji esoknya kenalah pulang , tapi memang banyak pengalaman dan memori indah kami disana , terimakasih tak terhingga kepada suami ku yang dah plan kan cuti-cuti Malaysia ni , dan kepada anak2 semua lepas ni belajar sungguh-sungguh jangan ingat nak enjoy lagi , semoga anak2ku jadi anak yang soleh...............our next holiday kemana ye !!