CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 29, 2009

Majlis Penutup Minggu Ko-kuria

Bersama GC Bm & GC Sejarah(Pn. CZaharah akan meninggalkan kami untuk mengikut suami bertukar ke Melaka,cam mana nak order karipap lagi !!!), dan juga KP PI , -semua nya kawan-kawan yang menceriakan hari-hari di SMKPB,semoga persahabatan kami terus dirahmati oleh Allah...Amin...

Minggu ko-kuria berjalan lancar, hadiah lain tak dapat tapi yang ni hadiah pertandingan kitar semula , ok lah juga tu ....kawan2 ku jangan jealous pulak!!!!

Tahniah kepada para pelajar yang setia mendengar amanat yang disampaikan.


Majlis perasmian Hari Koperasi Sekolah, Perarakan masuk pembawa perutusan....







Hari Guru Daerah Kuantan

Pn. Hjh Hatijah dan Datin Hjh Fauziah bergambar bersama Puan Kamisah, yang pasti kami sangat bangga dengan anda Pn. Kamisah ,semoga menjadi contoh dan semangat kepada guru-guru lain, tahniah !!!

Pn. Sarimah yang duduk semeja dengan kami, makin anggun lagi!!.Sekarang mengajar di SMK Tg Lumpur.

Bersama pemenang guru inovatif peringkat Kuantan, Pn Kamisah Sani , guru Matematik SMKPB.


Bersama Bekas Pengetua En. Amiruddin, beliaulah pengetua SMKPB semasa saya dan Pn. Junaidah Jalil melapor diri di SMKPB pada 16 Mei 2001(dah lebih 8 tahun di sini !)













Thursday, June 25, 2009

Majlis Bidang Sc & Maths

Maaf kerana lambat publish kan gambar, sebab tengok dalam blog kawan2 dah lama ada,maklumlah " budak baru belajar ".
Petang isnin 22 Jun jam 3 petang kami mengotakan janji untuk bertemu Kak Nab yang telah sebulan bersara, sambil meraikan juga Pn. Halimah yang akan bercuti ke Qatar mengikut suaminya tak lupa juga Cik Aqilah yang akan menyambung pelajaran ke UPSI, sesungguhnya jasa mereka tidak ternilai banyaknya kepada Bidang Sains & Matematik SMKPB, terimakasih dan semoga gembira, bahagia dan berjaya dalam setiap yang akan dilalui selepas ini. Yang paling bagusnya Kak Nab pulak yang menyambut kami! Sepatutnya kami lah yang menyambut Kak Nab ye, maaf Kak Nab, memang Kak Nab sentiasa menepati masa, kami pulak dari sekolah ada bermacam aktiviti sebab tulah lambat, maafkan kami!
Terimakasih kami ,kepada rakan2 lain Pn. S.Radziah , Pn. Mariana,Pn. Junaidah & Pn Haniliza(GPK SMK Bt Rangin) yang sudi meluangkan masa bersama ke majlis ini, paling respect Tn . Hj Nazli yang satu2nya guru lelaki yang hadir menceriakan majlis.(Terimakasih atas bacaan doa !!!!!). kenangan petang itu akan kami simpan sebagai tanda ikatan persahabatan kita yang akrab dikalangan guruguru SMKPB. Kami semua jealous dengan Kak Nab sebab katanya setiap hari yang dilalui sangat mengembirakan beliau setelah bersara kami doakan Kak Nab terus bahagia dan diberkati Allah sentiasa. ( Tak perlu fikir cam mana nak masuk kelas 3D lagi !!!! )

gambar

Gambar semasa Kem Matematik semasa cuti.




Gambar Di Majlis Ilmu :


Tajuk Influenza A H1N1









Sunday, June 21, 2009

21 jun


OPS........ Inilah hasil cubaan buat gambar bersama text dan juga frame, dah pandailah kiranya ,tq again to my dear friend Pah Hanim sebab ajar hari tu..... Sebenarnya semua boleh asalkan kita mahu dan ada masa, ........
Hari ni Hari Bapa , nampaknya suamiku dapat bermacam kad dari anak-anak (yg kat rumah) n also ada sms dr anak-anak yang jauh dimata tu, terimakasihlah anak-anakku tersayang atas ingatan itu...........Pagi tadi jiran menjemput kami makan durian di rumahnya, nampak berselera je tetamu yang datang , malangnya saya sendiri tengok saja , sebenarnya saya tak begitu suka mkn durian begitu saja kalau buat kuih jemput-jemput baru suka, pelik ye ...tapi orang Perak , macam tulah takdir agaknya, walau apa pun saya tetap raikan jemputan jiran tak kiralah makan atau tidak, betul tak? Balik dari situ saya pun masak untuk lunch, kemudian tu rasa sunyi je rumah ,setelah di periksa semua kawasan rupanya semua tertidur agaknya kenyang makan durian!!!.
Jam 4.30ptg ,suami dapat call dari kakaknya , berita sedih sepupu arwah maknya yang telah lama sakit meninggal dunia di Kuala Terengganu , so suami ku ambil keputusan terus balik ke K Trg seorang ,sebab katanya esok (Isnin) dia boleh ambil cuti, kalau kami ikut sama terpaksa balik juga malam ni, so kami pun setuju, semoga semuanya selamat dan kami berdoa agar roh mak Ngah dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh...

Friday, June 19, 2009

Cerita lagi..

Gambar ni ambil dari blog Pah , sempena Kem Matematik tempoh hari, tq Pah ye ! Salam kepada semua , lama dah tak tulis, hari ni baru lah dapat peluang dan ruang untuk menulis sepatah dua kata di sini, maaf kepada" peminat" yang menunggu nak baca cerita ku ! ceh ....ada ke peminat, ada ........ yang pasti anak-anak ku yang jauh di mata ( Gombak & Nilai ). Minggu ni busy dgn persiapan minggu ko-kuria yang akan diadakan sepanjang minggu depan sehingga hari Sabtu ( tak dapat lah ke KL untuk majlis khawin anak sepupu sekaligus tak dapat nak ambil bondaku kerana Sabtu tu hari persekolahan ganti...harap bonda bersabar , insyaAllah ada masa lain terluang kami akan ambil bonda ye! ) Ops.... lupa nak cerita tadi majlis ilmu di sekolah untuk pelajar perempuan saya telah berkongsi ilmu dengan pelajar tentang Influenza A H1N1, sumber nya tak lain dari suamiku ,terimakasihlah kepada beliau kerana sudi membantu dan rasanya input yang di beri sangat berguna kepada pelajar -pelajar dan juga saya sendiri.
Terimakasih juga kepada adikku ustazah Arija kerana menghadiahkan cenderahati sebelum pulang, Alhamdullilah.

Sunday, June 14, 2009

Hello !

Ini cubaan dr photoscape tapi tak tahu nak letak text cam mana ye, nanti lah belajar dari pah Hanim!
Rupanya waktu cuti lebih sibuk dari hari sekolah sampai tak sempat nak buka blog ni, 8 n 9 Jun yang lepas dah selesai Kem Matematik dari 8 pg hingga 5 petang , tahniah kepada pelajar2 yang telah menunjukkan minat dan kesungguhan mereka tanpa jemu, tapi agak kecewa pada yang tak dapat hadir kerana mereka telah dibayar oleh pihak sekolah seorang sebanyak RM40, bayangkan lah betapa ruginya bila mereka tak hadir, walaupun telah diminta kepastian sebanyak 5 kali boleh dtg atau tidak, yang pasti bagi mereka yang tak hadir hari tu anda telah mengecewakan guru-guru dan anda telah kerugian ilmu !!!
Termakasih yang tak terhingga kepada En Amran dan Pn. Hjh Sha. Faridah Hanim yang telah sama-sama membantu mengawasi dan menunjukajar pelajar2 sepanjang kem berjalan dan kepada yang tidak dapat hadir diharap dapat membantu dilain kali walaupun jadual tidak disediakan kerana disamping membantu pelajar kita sendiri dapat belajar ilmu yang kita perlu itu.
Selesai kem , Hari Rabu pegi ke klinik gigi untuk tampal gigi, lepas tu hari Khamis ayah dan umi tiba dari Dungun kerumah ku ,dah lama pun mereka tak datang, so memang kena layanlah tetamu,kerana tetamu yang datangtu membawa seribu rahmat ke rumah kita ,insyaAllah, 2 hari 2 malam mereka dirumah kami ,saya pun menunjukkanlah ketokohan memasak walau pun tak pandai masak, mula dari pagi hinggalah ke malam,
Bila mereka dah pulang barulah mula mengemas rumah sikit , amin masih sakit mata dah hampir 2 minggu, kesian dia ,esok tak pasti boleh pegi sekolah atau tidak.

Dah habis dah cuti 2 minggu yang rasanya macam 2 hari je, suami sibuk denga H1N1,malam pun masih berada di bilik gerakannya, . Semoga semua yang kami lakukan mendapat rahmat dan keberkatan disisimu , amin...... Esok akan bermula sekolah seperti biasa...

Thursday, June 4, 2009

Kongsi cerita!

Gambar kenangan bersama Kak Nab & teman-teman di SMKPB, sekolah yang paling lama saya berada (8 tahun - sejak 2001), pasti telah banyak pengalaman saya di sini, suka -duka dan yang pasti dikelilingi teman-teman yang menceriakan hari-hari kami sebagai pendidik bangsa!.
" Once a teacher...........always a teacher ", kata semangat dari Datin Asariah di seminar pedagogy.
Semalam pegi sekolah sebab dpt sms dari pengetua suruh buat jadual kakitangan makmal, so tanpa lengahkan masa terus buat , tak tahu pulak kena buat jadual ,kalau tahu sebelum cuti dah buat sebab rasanya saya ni sentiasa update , tak kisah lah lain kali make sure dah siap sebelum cuti ok !sambil tu bawakan staff pejabat buah pelam giant tu supaya mereka boleh rasa
Hari ni sibuk bersih kan rumah yang dah lama tak sempat buat, minggu ni sibuk jadi driver amin sbb sekolah nya buat kelas tambahan seminggu , kalau tak de kelas amin tu banyak main so rasanya lebih baik dia pegi kelas. 2 Jun adalah my wedding aniver. yang ke 20 tahun (lama tu!....syukur alhamdullilah ), tapi tak celebrate pun , cuma sebagai kenangan kami setuju tukar petisejuk baru sebab yang lama tu dah keluar air sentiasa nak kena lap , maklum dah lama ,macam kita juga makin lama usia makin datang penyakit ! ( tapi belum sempat ambil gambar nantilah !) Anakku kata canggih sikit sebab boleh buat ais sendiri, itulah kemajuan teknologi, semua nya boleh. Jadi sibuk lah saya mengemaskan dapur supaya susun atur kemas dan bersih, penatlah juga.
Amin bawa balik beberapa orang kawan ,katanya nak bincang homework, tapi biasalah anak2, main nya yang lebih......itulah anakku, So cepat-cepat masak untuk mereka ,kesian juga lapar dari sekolah entah tak makan lagi. Petang ni rasenya ada niat nak bersih kan pasu bunga kat luar rumah, harap-harap jadilah projek !

Wednesday, June 3, 2009

Majlis Khawin & Hantar anak balik ..




Hari Sabtu , 30. Mei kami bertolak ke KL, sebelum tu singgah di permatang badak , majlis khawin staff kepada suami ku , kemudian singgah di UIA Gombak ambil anak makan-makan di KL, Malam hantar dia semula . Kami bermalam di Quality Hotel , sempat juga beli 2 pasang baju di Gulati's untuk raya ! Esoknya hantar adik Ke Nilai untuk memulakan semester3nya, Selamat belajar dan semuga berjaya dengan cemerlang , sedih rasa hati terutamanya amin sbb dah 3 bulan bersama ,lamaya cuti!!!!!....sunyilah kami tinggal 4 orang balik, kalau ada adik at least boleh angkat baju n sidai baju or boleh tanya ttg blog ni , itulah kehidupan, mummy doakan adik dapat belajar sungguh2 dan jadi insan yang berakhlah mulia !

Lepas hantar adik kami terus ke Kepong menhadiri majlis Khawin anak sepupu ku, Nor Hafizah.Tak sedar masa berlalu rasa baru je bermain-main dgn Pijah masa dia kecil , rupanya dah khawin ,maknanya kita ni yang dah tua lah!!. Yang seronoknya jumpa ramai saudara mara yang dah lama tak jumpa. Syukur Alhamdullilah. Bonda pulak tak jadi ikut ke Kuantan sbb katanya nak tengok cucunya Atin masuk kolej dulu di Penang. Cu doakan Atin berjaya dan selamat Belajar ye ! Asalkan mak gembira tak pelah kalau nak ke Ktn nanti kami ambil pulak ...
Selesai tu kami pun balik Kuantan, rupanya ada kawan nak bermalam di rumah kerana anaknya nak mendaftar di Kolej Persediaan (Shahputra) kerana nak menyambung pelajaran di Mesir dalam Bidang Perubatan, tahniah kepada Zira, dan yang paling gembira tentunya ibunya , Kak Aishah. Semoga Zira Berjaya,Amin.



Salam rindu !






















Gambar semasa hadir ke seminar pedagogy di Ampang minggu lepas, kiranya very interesting sebab banyak input yang diperolehi daripada seminar ini. Rasanya semua nak dipraktikkan di sekolah ,tapi kadang-kadang apakan daya ...........Tapi sekurang-kurangnya ada niat, alhamdulillah!
Sebalik semua tu, terimakasih yang tidak terhingga kepada suami dan anak-anak yang berjaya ditinggalkan selama 3 hari , terutamanya anakku afiq yang setia menjaga adiknya amir yang demam dan sakit mata, serta telah menjaga hal-ehwal rumah dengan cemerlangnya! Maklumlah saya ni jarang tinggalkan rumah.............
Terimakasih juga kepada teman-teman yang naik bas bersama-sama seramai 8 orang: Kak Ani, Kak Nab, Kak Zai, Wan, Huda, Noreha, Bada, mereka semua nya menceriakan suasana dan kami enjoy our journey !...... Lain kali boleh pegi sama2 lagi .....