CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 24, 2009

Good luck to Amin!


Agak lama tak tulis ni, biasalah sibuk memanjang........ Hari semalam Sabtu tolong Pah tengok2 Kem Kami Boleh - Add Maths, nampaknya naik lah % Add Maths mid year ni sebab Pah bertungkus lumus dgn kem sebelum exam esok (Monday) , Tahniah kepada Cg Pah Hanim sahabatku yang begitu cemerlang! Mohon maaf juga kepada Pah sbb boleh bantu sikit2 saja sbb dah lama tak belajar Add Maths!!!!! Apa pun cikgu rasa puas dapat bantu pelajar, moga semua anak-anak didik kami berjaya !.....

On the way balik singgah rumah Ju , jemputan majlis kesyukuran sbb akan berangkat ke umrah, Balik rumah rehat sekejap, kemudian mulakan rutin harian seperti biasa,.

Amir demam pulak , macam mana lah nak tinggalkan dia sbb minggu ni ada seminar di KL..,

InsyaAllah boleh lah tu,

Amin start mid year esok , kalau tak duduk bersama dia , dia tak belajar so demi anakku , relaku berkorban, walaupun penat .......semoga Amin berjaya dengan cemerlang nanti .......

Thursday, May 21, 2009

Sajak Hari Guru......

Terbaca sajak dari Majalah Integriti-SBPIK- Sekolah anakku dulu, penulis juga adalah bekas guru di SMKPB iaitu Ustazah Sh Norraiham..
Ingin ku kongsi bersama-sama semua rakan guru yang membaca ruangan ini........

Anak-anak kesayangan umi.........
Kira-kira berbelas tahun yang lalu
Ketika abah mencari calon isteri
Abah memilih seorang yang akan menjadi guru
Kerana sangkanya
Kerja guru separuh hari
Guru bercuti sepanjang cuti sekolah
Tentunya banyak masa mendidik anak-anak di rumah

Namun.........
Sekarang segalanya telah berubah
Guru kini bukan lagi pulang jam satu petang
Tidak lagi berada di rumah pada hari Sabtu dan cuti sekolah

Tahukah anak-anak........
Sayu dan hiba hati umi
Meninggalkan anak-anak
Ketika umi terkejar-kejar memasak pada waktu petang
Sedangkan adik mita dibelai
Pedihnya hati umi kadang memasak diwaktu malam kerana lewat pulang
Anak-anak tertidur keletihan
Bangun kerana terpaksa sekadar menyuap nasi
Atau umi juga terus tertidur tanpa menjamah makanan

Sayang umi ........
Kekadang umi termenung sendirian
Apakah anak-anak meredhai kesuntukan masa kita bersama
Apakah anak-anak rasa hiba bila umi sentiasa sibuk dengan urusan kerja
Dan...........
Apakah anak-anak umi menghargai
segala masa dan titik peluh umi bersama mereka?

Pada Allah Doa umi pohonkan
Semoga usaha umi mendidik anak bangsa
Diterima sebagai amal bekalan di akhirat kelak
Semoga Allah memberikan balasan
Agar anak-anak umi dididik dengan baik oleh guru-guru mereka
Sebagaimana ikhlasnya umi mendidik anak-anak murid umi
Semoga anak-anak umi akan berjaya dalam hidup masing-masing
Sebagaimana usaha dan harapan umi kepada anak-anak murid umi...............


Sajak ini begitu menyentuh perasaan saya, rasanya sama juga untuk rakan-rakan guru sekelian............
Buat anak-anakku Atiq,Afiq, Amin & Amir renongkanlah .......semoga anak-anakku memehami dan meredhai setiap apa yang mummy buat .........doaku agar anak-anakku menjadi seorang insan yang soleh, berakhlak mulia ,berjaya di dunia dan akhirat....... InsyaAllah....

.........Terimakasih buat sahabatku Ustazah Sharifah Noraiham............

Monday, May 18, 2009

Hari Guru & Majlis Persaraan Kak Nab.....











Gambar-gambar sekitar persaraan Kak Nab, .................Sayu dan sedih kerana seorang sahabat kami , tempat bermanja dan bercerita telah pun bersara deengan rasmi pada hari ini. Semoga kak Nab selamat sejahtera dunia & akhirat. Kenanglah kami dalam doamu,...........Kalau masak ikut resepi dalam buku tu .........jangan lupa hantar kat kami ok !!!!!!!

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru 2009!


Bila rasa terlalu letih , ingat pada yang maha esa , hanya Dia mengetahui segalanya !!!!
Selamat Hari Guru kepada diriku sendiri sempena hari guru semalam ,dan terima kasih kepada semua yang sms , kawan-kawan ,saudara mara bekas anak murid dan semua yang ingat. TQ so much....
Walaupun semalam hari guru tapi di SMKPB ada LADAP , so kami pun terpaksalah hadir .alhamdullilah input yang diberi sangat interesting dan penceramah pulak pandai membuat kami hingga tak kering gusi Terimakasih kepada En. Badarudin, dari JPN.
Sebelah petang keluar dengan family membeli barang keperluan rumah, on the way balik singgah di KSH menziarah jiran yang di serang kanser, semoga beliau cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Mu, dalam hati terasa betapa kerdilnya kita semua, dan kemewahan itu bukan segala-galanya . Esok kami akan menyambut hari guru si Sekolah !!!!!

Tuesday, May 12, 2009

12 Mei


Indah nya Tasik Taman Bandar ! Hari ni balik sekolah cepat-cepat pegi klinik gigi Beserah, sebab nak tampal gigi, dah tunggu 5 minit nurse tu kata "Kak , Dr Zaharah tak de ari ni , dia ada meeting ,"(Dr Zaharah is my roomate masa di Asasi Sains UM , dia pun orang Perak, Manong tu!, Sekapal le kami ni. ) Terpaksa balik ,next week lah dtg lagi, insyaAllah gigi tu masih boleh tunggu!!!. Inilah peraturan alam, makin berusia makin banyak benda yang akan kita alami, muga kita tabah menghadapi semua ini..
Masih dalam Mood Mothers Day ni, Terbaca dalam paper ni,"They say a mother's love has no boundaries".......yes they are right. .....
Who fed me from her gentle breast?
And hushed me in her arms to rest, on my cheek sweet kisses pressed ?
.................... MY MOTHER,.........................
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan bonda tiada ternilai harganya, sama-sama doakan yang terbaik untuk bonda kita.........amin.

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU!


Selamat hari ibu kepada bondaku yang tersayang , walau jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati, hanya doa mu merestui perjalanan hidupku disini...... Bila di Kuantan ,selalu ingat nak balik ke kampongnya di Kuala Kangsar Perak, itulah ibuku ......biar dimana saja asalkan bonda gembira dan riang selalu, InsyaAllah ...
Terimakasih kepada kekandaku yang sentiasa sabar menjaga bonda semasa berada di Ipoh,Perak, Muga-muga doa dari bonda akan memberkati hidup kita sentiasa ..amin.
Anak-anak ku juga ucap kan " Happy Mothers Day" untuk ku,
Terimakasih untuk adik , (ada kad sekali ), abang(sms je sebab di UIA) , acik ( dia kata kad dia joint dengan Papiq sekali ok tak ?) , and amir (siap lukis gambar ultraman lagi !) .Terimakasih semua atas ingatan, Walau apa pun mum SAYANG semua nya !!!!

Saturday, May 9, 2009

celebratelah!







Hari ni ada request nak makan KR pulak to celebrate birthday semalam, so ikut saja demi anak-anak tersayang! Tak sempat nak ambil gambar makanan sebab bila dah abis makan baru ingat nak masuk blog, nasib ada lagi muffin ni sebagai bukti !.
On the way balik singgah beli T-shirt di Al Ihsan, melayan kerenah anak-anak lah kami hari ni, semoga gembira dan jadi anak-anak yang baik dan soleh.....Amin.

Friday, May 8, 2009

Selamat Harijadi Adik!


Tak sedar masa berlalu ,dah 18 tahun adik(walau ada 2 org adik dia masih tetap `adik`lagi !!) dilahirkan ,
8 Mei 1991............Pada hari tu sempat lagi ke sekolah (SM Teknik K Terengganu ) , Sedang berada dimakmal Fizik terasa sakit ............ so balik rumah dulu.... kemudian dibawa suami ke hospital Kuala terengganu, lebih kurang jam 3.00 petang permata hati ku yang kedua ini dilahirkan dengan selamat. From that moment ........ I love you so much ........ and will always love you forever! Syukur alhamdullilah, anak-anak lah warna -warni kehidupan ayah dan bonda, semoga anak-anakku menjadi hamba Mu yang bertaqwa dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah !........Happy Birthday.......

Thursday, May 7, 2009

Cuti Hari hol



Hari ni cuti tapi kerja rumah tak pernah ada cuti , so pagi-pagi lagi dan basuh baju , sidai baju, lipat baju dan macam-macam baju lagi !!!!! Itulah tanggungjawab seorang suri........

Lepas breakfast nasi goreng n roti telur, mulakan mengemas rumah pulak . Amin pegi main futsal, adik belajar driving, suami pulak pegi pejabat ......sibuk sejak ada wabak swine flu ni...kesian dia !!!.

Lega rasa sebab malam tadi kerja template 60:40 dah beres dengan bantuan adik, dah pun di e-mailkan kpd ppd.Tak lupa tq to Nini yg tolong download n print borang tu, cuma analisis template data ppsmi belum buat , semua nak cepat kalaulah masa ada 36jam cam mana pulak ,kut lebih banyak data nak segera !!! Terimakasih kepada semua ,tanpa mereka siapalah saya !!!

Sentiasa positif dalam hidup..........

Monday, May 4, 2009

4 Mei 09







O....Ari ni monday, Usually tak sempat buka blog tapi sebab weekend tak buka , rasa tak sedap pulak tak tulis something di sini . Malam ni rasa macam tak cukup ahli je dalam rumah . o rupanya baru sedar abang, ( my eldest son ) dah balik ke UIA semalam .....kami hantar dia on the way balik ke Kuantan from Ipoh , selepas jumpa Opah nya and family di Ipoh. Penatnya dah tentu tapi demi bonda dan keluarga hilang juga rasa penat tu .






Tapi bila abang dah dapat kunci bilik ada masalah pulak sebab bilik tu dah ada penghuni pulak .......kesian abang ...terpaksa settle kan masalah nya sendiri sebab we all terpaksa tinggalkan dia sbb hari dah lewat juga ...tapi ari ni masalah tu dah ok ...mum doakan abang dapat atasi segala rintangan demi masa depan and mum rasa abang memang kuat semangat !!!!! Selamat belajar ok !

Hari ni kat sekolah .............selepas assembly , masuk ke 4 sak sampai waktu rehat, lepas tu relief 2C sampai 11.20, kemudian buat persediaan kelas tambahan F5,Pn. Norlina tak dapat hadir sebab urusan anakny so saya akan combined kelas dia , . then saya masuk mesyuarat MT 12 tgh hinggalah 2.30 ptg minta diri dari Pn. Pengetua sebab nak solat zohor kerana pas tu nak pegi kelas tambahan from 3.00pm to 4.30pm .( waktu bila agaknya saya nak makan ?......saya tanya diri sendiri je ! ..... memang balik rumah nampak air sirap rasa nak minum sepuasnya,) Tamat saja kelas yang ada 9 org pelajar tu ,terus ambil Amir di taska dan sampai rumah dah kul 5.00pm ,suami yang ada meeting kat KL pun dah balik tapi saya cikgu di SMKPB ni baru nak balik ........... lepas solat asar ke dapur masak utk anak2 yang jarang-jarang dapat lunch ,terus ke dinner je !! Semoga anak-anak memahami ........Itulah pengorbanan untuk semua, semoga saya tabah menghadapi liku-liku hidup ini . Bila dah selesai siapkan makan family rasa dah terlalu letih dan sangat penat, .......... pinggan nasi pun nampak macam bantal empuk !!!!! JUMPA LAGI !!! Itulah kehidupan yang hanya persinggahan untuk kita semua......