CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2009

cuti-cuti Malaysia !







Assalamualaikum! Dah lama tak tengok blog ni , apa berlaku pun tak tahu, busy...........busy....... Anyway sebelah tu gambar satay n Jelita special jus, kalau tak pernah try , rasa sekali nak lagi ! So that is PART of our dinner tadi kat Jelita Cafe , sebab abang , anak sulong saya tu teringat nak makan chicken chop, and adik-adik nya pun macam-macam teringin lah pulak!

Tak lupa tq kepada adik, anakku yang kedua yg tlg ambilkan gambar tu n yang menjadi fasilitator kat rumah semenjak blog ku ini dibuka kalau adik dah abis cuti nanti pada siapa pulak mummy nak mengadu kalau tak pandai ye ! Tak pe mesti semangat , menuntut ilmu biar sampai ke negeri Cina ......
InsyaAllah .....esok kami nak balik ke Ipoh jumpa bonda dan keluarga yang dah lama tak jumpa, sekali gus nak hantar abang balik ke UIA sebab dah abis cuti so kuranglah nanti member dalam rumah , ok sambung esok pulak ........



Sunday, April 26, 2009

Hari Ahad

Gambar kenangan bersama Haniliza........

Semalam ada tetamu , keluarga dr trg, so ari ni breakfast bersama di rumah kami, tp beli je tak masak, suami beli masa balik dr masjid, syukur sangat2 sbb dah tak de apa2 nak masak ,pas tu baru pegi pasar beli ikan,ayam etc for 1 week, Balik bersihkan semuanya n simpan untuk stok seminggu, itulah rutin nya.Dah siap masak baru terasa penat ,rehat sekejap...zzzzz

Semalam jumpa Ani kat trafic light depan rumah tp tak sempat cakap byk sebab lampu dah hijau , tp nampak mukanya berseri ,makin sihat insyaAllah ......kami doakan beliau sihat.





Saturday, April 25, 2009

Sabtu- Hari Anugerah Cemerlang



Kenangan semasa kat Cameron Highland.

Hari ni ada Hari Anugerah Cemerlang di sekolah , semua berjalan lancar rasanya.Persembahan pelajar pun memuaskan ,terimakasih kepada semua yang menjayakan majlis ini, tapi penat juga arahkan pelajar supaya tak berkeliaran di luar dewan.......

Yang paling menyentuh hati semasa pembacaan tokoh guru, terharu dengar banyak nya sumbangan Pn. Hjh Zainab sebagai seorang guru, dan masa tu terbayang kalau masa diriku sendiri nanti agaknya susah juruacara nak baca sebab rasa macam tak de lagi sumbangan berderet macam Kak Nab!!!!! Tak pe nanti mesti berusaha supaya ada benda orang nak baca ............tanya kak Nab ke ok............ cam mana pun Tahniah dan selamat semuanya untuk Pn. Hjh Zainab!

Ari ni nak gi makan lunch kat luar sebab rasa penat dan malas nak masuk dapur,Suami setuju pulak tu .......anak-anak apa lagi lebih2 setuju........so kita enjoy!

Thursday, April 23, 2009

Hari-hari yang sibuk sikit !!!

Dah lama tak update blog ni , Monday n Tuesday sibuk dengan hantar anak pegi tuition, sebab Amin anakku perlu hantar tuition kalau kat rumah dia relax habis ............. macam orang tunggu result SPM jer.......... tapi dia baru nak ambil UPSR !!!! Hari Rabu pulak kena gi mesyuarat PPSMI di PPD sampai kul 5 petang , balik kena masak pulak , maklum ibu mithali !!.....

Hari ni baru sempat buka blog semula ,tapi tak pe semua tu adalah asam garam kehidupan , mesti selalu positif........... Di sekolah 2 hari ni sibuk dengan raptai HAC, wah mencabar juga rupanya jadi Penyelaras HAC ...............!!!!Semoga semuanya berjalan lancar.

Tak lupa TAHNIAH buat suami tercinta sebab hari ni dapat surat naik ke gred u54, bila agaknya nak ajak dinner kat luar ye, tak yah le masak ! Syukur Alhamdullilah.....

Sunday, April 19, 2009

POKOK MANGGA













LIHATLAH DUNIA BETAPA BESARNYA BUAH PELAM NI!!!!. Syukur Alhamdullilah ........

Hari ini kami baru sedar buah mangga dah masak bila sentuh terus jatuh ke bumi,...... so kami pun petik dan hadiahkan kepada jiran terdekat , semoga kita sama-sama diberkati dengan rezeki dari Allah ini ...amin.... Buat sesiapa yang nak rasa jemputlah kerumah kami !

Saturday, April 18, 2009

SATURDAY N SUNDAY yang free!

Yang ni 2 orang kekanda saya bersama bonda . anak saudara dan mohd amir saya !

Hari ini dan esok adalah minggu yang free, susah nak dapat cam ni, syukur pada Allah kerana memberi kami cuti rehat yang jarang-jarang dapat kami rasai semenjak dua menjak ini.!

So kami pun berehatlah sepuasnya..................


Wednesday, April 15, 2009

Welcome to my blog ...........

INILAH KELUARGA BAHAGIA SAYA !

Syukur, alhamdullilah at last saya telah menerima ilmu untuk membuat blog daripada teman seperjuangan di SMKPB, ucapan terimakasih kepada Pah Hanim dan semua fasilitator yang membantu kami , tidak lupa kepada teman sepelajaran, Pah Radziah sebab kongsi satu komputer semasa sessi pembelajaran ini !sesungguhnya jasa kawan-kawan semua amat beerti bagi kami yang serba kekurangan ini. TERIMA KASIH SEKALI LAGI !!!



SALAM TERIMAKASIH



INILAH BODYGUARD SAYA !

Tanggal 15 April 2009, aku telah mendapat ilmu baru bersama teman-teman .Ilmu yang dimaksudkan ialah dapat membina blogku sendiri. Bermula dari saat ini segala aktiviti dan pengalaman yang ku perolehi akan dimuatkan di laman blogku ini. Buat rakan-rakan serta keluarga semoga kita dapat merapatkan lagi silatulrahim serta berkongsi cerita dalam kehidupan sehari-hari .