CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 25, 2009

Banyaknye cerita....

Ini acara Bowling padang kategori Ibu bapa , o dapat nombor 3, hadiah nya .......lumayan gitu , alat memasak di dapur !!!

Ini suasana pagi dipadang Bkt Istana , Sabtu 25/7 adalah family day untuk warga B. Istana .

Isnin ada mesyuarat guru ,tamat jam 4.30 petang, juga bermula ujian 3 semua tingkatan

Selasa , kelas tambahan fasa 2 berjalan seperti biasa, setelah dibatalkan semalam .


Rabu..program bacaan yassin, selepas tu ada program kembara ilmu bagi pelajar t3 B & C, terimakasih kepada guru-guru sekolah lain yang telah menyumbang tenaga untuk SMKPB,Sebelah petang anakku tiada tuition, terus ajak suami ziarah sahabatku Ani yang masih ada di hospital, katanya tahap protein masih kurang 23 /65 saja, cecair dari badan masih keluar, jika berlarutan mungkin kena buat sesuatu pulak untuk pastikan punca sebenar, semoga Ani tabah menghadapi dugaan ini.....kami sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan Ani.

Hari Jumaat kami order karipap dr pengasuh anak Che Zaharah sebab Ustazah Sha. Maryam kalau lama tak order dia mulalah gelisah , katanya dah lama tak makan ...........so yang ambil pesanan kawan2 pastilah saya, ......tetap dan berpencen nampaknya......oklah juga buat kebajikan sikit!
Sabtu , sebelah petang ke Giant bawa bonda buat cermin mata , yang lama dah calar, tukar jelah yang baru, semoga bondaku gembira..........jasa bonda kepadaku tidak dapat dibalas walaupun dengan cermin mata baru, ..........agar apa yang ku buat untuknya mengembirakan hati bonda, InsyaAllah!
Ahad anakku Afiq akan bertolak balik ke Nilai menaiki bas, selamat belajar semula dan jadi orang yang beriman serta beramal soleh.

0 comments: