CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 25, 2009

Banyaknye cerita....

Ini acara Bowling padang kategori Ibu bapa , o dapat nombor 3, hadiah nya .......lumayan gitu , alat memasak di dapur !!!

Ini suasana pagi dipadang Bkt Istana , Sabtu 25/7 adalah family day untuk warga B. Istana .

Isnin ada mesyuarat guru ,tamat jam 4.30 petang, juga bermula ujian 3 semua tingkatan

Selasa , kelas tambahan fasa 2 berjalan seperti biasa, setelah dibatalkan semalam .


Rabu..program bacaan yassin, selepas tu ada program kembara ilmu bagi pelajar t3 B & C, terimakasih kepada guru-guru sekolah lain yang telah menyumbang tenaga untuk SMKPB,Sebelah petang anakku tiada tuition, terus ajak suami ziarah sahabatku Ani yang masih ada di hospital, katanya tahap protein masih kurang 23 /65 saja, cecair dari badan masih keluar, jika berlarutan mungkin kena buat sesuatu pulak untuk pastikan punca sebenar, semoga Ani tabah menghadapi dugaan ini.....kami sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan Ani.

Hari Jumaat kami order karipap dr pengasuh anak Che Zaharah sebab Ustazah Sha. Maryam kalau lama tak order dia mulalah gelisah , katanya dah lama tak makan ...........so yang ambil pesanan kawan2 pastilah saya, ......tetap dan berpencen nampaknya......oklah juga buat kebajikan sikit!
Sabtu , sebelah petang ke Giant bawa bonda buat cermin mata , yang lama dah calar, tukar jelah yang baru, semoga bondaku gembira..........jasa bonda kepadaku tidak dapat dibalas walaupun dengan cermin mata baru, ..........agar apa yang ku buat untuknya mengembirakan hati bonda, InsyaAllah!
Ahad anakku Afiq akan bertolak balik ke Nilai menaiki bas, selamat belajar semula dan jadi orang yang beriman serta beramal soleh.

Saturday, July 18, 2009

Jumaat,17 July!

Syukur, alhamdullilah ...... bangun pagi teringat kat mimpi bersama Ani Jalil , bersama kawan-kawan lain, rasanya ceria sangat...........tapi cuma mimpi,Sampai di sekolah Pah Hanim tiba-tiba muncul kat meja katanya ada dengar berita tak Kak Ani masuk wad, kami pun terus tanya Pah Radziah ......seterusnya Pah R contact Pn zailani untuk pengesahan ..memang sah Ani ada di HTAA , ( dalam hati berkata2 tadi mimpi bersama Ani, macam ada kaitan pulak , itulah kuasa Allah...... kami memang kawan2 yang rapat ........) Lepas sekolah kami terus ke hospital , terkejut rasanya melihat keadaan Ani , hanya tuhan mengetahui perasaan kami, semoga Allah tabahkan hatinya menghadapi dugaan ini, semoga Ani sembuh sepenuhnya, itulah doa kami setiap masa........ walaupun nampak beliau gembira dengan kedatangan kami, tapi kami sangat memahami hatinya........


Sebelah malam pulak anakku afiq balik bercuti sem- break dari Nilai, kami tunggu di terminal jam 1.30 pagi, lambatnya naik bas !!!!. Rasanya baru nak tido semula suami kejutkan ,katanya beliau nak ke rumah jiran, yang baru je meninggal akibat penyakit kanser.. ... begitulah takdir nya .......dah beberapa bulan keluar -masuk hospital ,bila dah sampai masa pergilah jua dia.........semoga roh Tn. Hj Rashid dicucuri rahmat dan semoga isteri beliau serta keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..Al- Fathihah....

Saturday, July 11, 2009

Seminggu yang lalu!

Kepala ikan masak 3 rasa.........................Sempena acara makan-makan bersama keluarga Pakcik Mat Din dari K Trg, orang kampung lah kiranya, kawan lama semasa kami tinggal di KTrg, hampir 15 tahun lalu masa tu anaknya Nurul & Ira budak-budak nakal lagi, tapi sekarang dah dewasa ..Nurul dah kerja sbg farmasi dan adiknya nak buat medic di Jordan .. ... Ibu dan ayah mereka nampaknya sangat gembira .......kami turut merasalah kegembiraan mereka tu !

Sayur Kailan ikan masin, em....yam....yam

Ini resepi Kak Chah dari KTrg, ikan tangkap sendiri oleh pakcik Mat Din,fresh gitu........ terimakasihlah kerana ingatan ,sedapnya hingga menjilat jari....bawalah selalu ye !! Tapi dalam masa sebulan lagi anaknya akan berangkat ke Jourdan jadi tak lah selalu ke Ktn lagi , apa pun kami doakan selamat belajar buat Ira , semoga berjaya menjadi seorang doktor.....kami tumpang bangga .......tahniah !






Hari Khamis lepas kami mengadakan latihan kebakaran di SMKPB, tapi guru-guru sempat juga bergambar ! (sambil bilang pelajar takut ada yang terbakar dalam bangunan!!) Tapi akhirnya semua berjalan lancar.




Sunday, July 5, 2009

Majlis perpisahan.

Bergambar bersama Pn. Che Zaharah dan kawan-kawan , selamat maju jaya buat Che Zaharah ,jangan lupakan kami di SMKPB, semoga persahabatan kita terus berkekalan selamanya. Pn. Che Zaharah seorang sahabat yang baik ,guru yang dedikasi ,kami kehilangan seorang sahabat di SMKPB.

Adik-adik pembantu makmal turut sama meraikan majlis, jemputlah makan ye!




Antara hidangan yang ditaja oleh guru2 APC dan guru akademik T6, sempena hari akhir bersama Pn. Cik Zaharah yang akan bertugas di Melaka.






Hari Ko-ku (Rabu)

Setiap hari rabu kami guru-guru digalakkan memakai uniform ko-ku, baju pandu-putri yang berwarna biru, baju Putri Islam bewarna putih dan merah jambu , lihatlah betapa segaknya kami semua ni !

Thursday, July 2, 2009

Gambar lagi

Bersama Pn. S. Radziah & Pn. Hjh Rozlawati........manis belaka!

Inilah warga SMKPB yang anggun belaka !

Cik Aqilah ( selamat belajar di UPSI) & Pn. Mariani


Cik Syikin & Pn Norlina, guru2 berkaliber dan penuh semangat..



Cik Nita bersama Pn. Halimah ( yang dah sampai ke pangkuan suaminya , semoga gembira selalu )




Atas permintaan Zam, gambar beliau bersama saya & Pn. Haniliza ( jangan merajuk sebab lambat letak kat sini ok !) Harap kawan2 semua dapat menatapi gambar-gambar dan kalau nak order bolehlah contact 007 !!!!!!! Salam mesra selalu.