CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 3, 2009

Majlis Khawin & Hantar anak balik ..




Hari Sabtu , 30. Mei kami bertolak ke KL, sebelum tu singgah di permatang badak , majlis khawin staff kepada suami ku , kemudian singgah di UIA Gombak ambil anak makan-makan di KL, Malam hantar dia semula . Kami bermalam di Quality Hotel , sempat juga beli 2 pasang baju di Gulati's untuk raya ! Esoknya hantar adik Ke Nilai untuk memulakan semester3nya, Selamat belajar dan semuga berjaya dengan cemerlang , sedih rasa hati terutamanya amin sbb dah 3 bulan bersama ,lamaya cuti!!!!!....sunyilah kami tinggal 4 orang balik, kalau ada adik at least boleh angkat baju n sidai baju or boleh tanya ttg blog ni , itulah kehidupan, mummy doakan adik dapat belajar sungguh2 dan jadi insan yang berakhlah mulia !

Lepas hantar adik kami terus ke Kepong menhadiri majlis Khawin anak sepupu ku, Nor Hafizah.Tak sedar masa berlalu rasa baru je bermain-main dgn Pijah masa dia kecil , rupanya dah khawin ,maknanya kita ni yang dah tua lah!!. Yang seronoknya jumpa ramai saudara mara yang dah lama tak jumpa. Syukur Alhamdullilah. Bonda pulak tak jadi ikut ke Kuantan sbb katanya nak tengok cucunya Atin masuk kolej dulu di Penang. Cu doakan Atin berjaya dan selamat Belajar ye ! Asalkan mak gembira tak pelah kalau nak ke Ktn nanti kami ambil pulak ...
Selesai tu kami pun balik Kuantan, rupanya ada kawan nak bermalam di rumah kerana anaknya nak mendaftar di Kolej Persediaan (Shahputra) kerana nak menyambung pelajaran di Mesir dalam Bidang Perubatan, tahniah kepada Zira, dan yang paling gembira tentunya ibunya , Kak Aishah. Semoga Zira Berjaya,Amin.



0 comments: