CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 25, 2009

Majlis Bidang Sc & Maths

Maaf kerana lambat publish kan gambar, sebab tengok dalam blog kawan2 dah lama ada,maklumlah " budak baru belajar ".
Petang isnin 22 Jun jam 3 petang kami mengotakan janji untuk bertemu Kak Nab yang telah sebulan bersara, sambil meraikan juga Pn. Halimah yang akan bercuti ke Qatar mengikut suaminya tak lupa juga Cik Aqilah yang akan menyambung pelajaran ke UPSI, sesungguhnya jasa mereka tidak ternilai banyaknya kepada Bidang Sains & Matematik SMKPB, terimakasih dan semoga gembira, bahagia dan berjaya dalam setiap yang akan dilalui selepas ini. Yang paling bagusnya Kak Nab pulak yang menyambut kami! Sepatutnya kami lah yang menyambut Kak Nab ye, maaf Kak Nab, memang Kak Nab sentiasa menepati masa, kami pulak dari sekolah ada bermacam aktiviti sebab tulah lambat, maafkan kami!
Terimakasih kami ,kepada rakan2 lain Pn. S.Radziah , Pn. Mariana,Pn. Junaidah & Pn Haniliza(GPK SMK Bt Rangin) yang sudi meluangkan masa bersama ke majlis ini, paling respect Tn . Hj Nazli yang satu2nya guru lelaki yang hadir menceriakan majlis.(Terimakasih atas bacaan doa !!!!!). kenangan petang itu akan kami simpan sebagai tanda ikatan persahabatan kita yang akrab dikalangan guruguru SMKPB. Kami semua jealous dengan Kak Nab sebab katanya setiap hari yang dilalui sangat mengembirakan beliau setelah bersara kami doakan Kak Nab terus bahagia dan diberkati Allah sentiasa. ( Tak perlu fikir cam mana nak masuk kelas 3D lagi !!!! )

0 comments: