CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 19, 2009

Cerita lagi..

Gambar ni ambil dari blog Pah , sempena Kem Matematik tempoh hari, tq Pah ye ! Salam kepada semua , lama dah tak tulis, hari ni baru lah dapat peluang dan ruang untuk menulis sepatah dua kata di sini, maaf kepada" peminat" yang menunggu nak baca cerita ku ! ceh ....ada ke peminat, ada ........ yang pasti anak-anak ku yang jauh di mata ( Gombak & Nilai ). Minggu ni busy dgn persiapan minggu ko-kuria yang akan diadakan sepanjang minggu depan sehingga hari Sabtu ( tak dapat lah ke KL untuk majlis khawin anak sepupu sekaligus tak dapat nak ambil bondaku kerana Sabtu tu hari persekolahan ganti...harap bonda bersabar , insyaAllah ada masa lain terluang kami akan ambil bonda ye! ) Ops.... lupa nak cerita tadi majlis ilmu di sekolah untuk pelajar perempuan saya telah berkongsi ilmu dengan pelajar tentang Influenza A H1N1, sumber nya tak lain dari suamiku ,terimakasihlah kepada beliau kerana sudi membantu dan rasanya input yang di beri sangat berguna kepada pelajar -pelajar dan juga saya sendiri.
Terimakasih juga kepada adikku ustazah Arija kerana menghadiahkan cenderahati sebelum pulang, Alhamdullilah.

0 comments: