CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 21, 2009

21 jun


OPS........ Inilah hasil cubaan buat gambar bersama text dan juga frame, dah pandailah kiranya ,tq again to my dear friend Pah Hanim sebab ajar hari tu..... Sebenarnya semua boleh asalkan kita mahu dan ada masa, ........
Hari ni Hari Bapa , nampaknya suamiku dapat bermacam kad dari anak-anak (yg kat rumah) n also ada sms dr anak-anak yang jauh dimata tu, terimakasihlah anak-anakku tersayang atas ingatan itu...........Pagi tadi jiran menjemput kami makan durian di rumahnya, nampak berselera je tetamu yang datang , malangnya saya sendiri tengok saja , sebenarnya saya tak begitu suka mkn durian begitu saja kalau buat kuih jemput-jemput baru suka, pelik ye ...tapi orang Perak , macam tulah takdir agaknya, walau apa pun saya tetap raikan jemputan jiran tak kiralah makan atau tidak, betul tak? Balik dari situ saya pun masak untuk lunch, kemudian tu rasa sunyi je rumah ,setelah di periksa semua kawasan rupanya semua tertidur agaknya kenyang makan durian!!!.
Jam 4.30ptg ,suami dapat call dari kakaknya , berita sedih sepupu arwah maknya yang telah lama sakit meninggal dunia di Kuala Terengganu , so suami ku ambil keputusan terus balik ke K Trg seorang ,sebab katanya esok (Isnin) dia boleh ambil cuti, kalau kami ikut sama terpaksa balik juga malam ni, so kami pun setuju, semoga semuanya selamat dan kami berdoa agar roh mak Ngah dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh...

0 comments: