CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 4, 2009

4 Mei 09







O....Ari ni monday, Usually tak sempat buka blog tapi sebab weekend tak buka , rasa tak sedap pulak tak tulis something di sini . Malam ni rasa macam tak cukup ahli je dalam rumah . o rupanya baru sedar abang, ( my eldest son ) dah balik ke UIA semalam .....kami hantar dia on the way balik ke Kuantan from Ipoh , selepas jumpa Opah nya and family di Ipoh. Penatnya dah tentu tapi demi bonda dan keluarga hilang juga rasa penat tu .






Tapi bila abang dah dapat kunci bilik ada masalah pulak sebab bilik tu dah ada penghuni pulak .......kesian abang ...terpaksa settle kan masalah nya sendiri sebab we all terpaksa tinggalkan dia sbb hari dah lewat juga ...tapi ari ni masalah tu dah ok ...mum doakan abang dapat atasi segala rintangan demi masa depan and mum rasa abang memang kuat semangat !!!!! Selamat belajar ok !

Hari ni kat sekolah .............selepas assembly , masuk ke 4 sak sampai waktu rehat, lepas tu relief 2C sampai 11.20, kemudian buat persediaan kelas tambahan F5,Pn. Norlina tak dapat hadir sebab urusan anakny so saya akan combined kelas dia , . then saya masuk mesyuarat MT 12 tgh hinggalah 2.30 ptg minta diri dari Pn. Pengetua sebab nak solat zohor kerana pas tu nak pegi kelas tambahan from 3.00pm to 4.30pm .( waktu bila agaknya saya nak makan ?......saya tanya diri sendiri je ! ..... memang balik rumah nampak air sirap rasa nak minum sepuasnya,) Tamat saja kelas yang ada 9 org pelajar tu ,terus ambil Amir di taska dan sampai rumah dah kul 5.00pm ,suami yang ada meeting kat KL pun dah balik tapi saya cikgu di SMKPB ni baru nak balik ........... lepas solat asar ke dapur masak utk anak2 yang jarang-jarang dapat lunch ,terus ke dinner je !! Semoga anak-anak memahami ........Itulah pengorbanan untuk semua, semoga saya tabah menghadapi liku-liku hidup ini . Bila dah selesai siapkan makan family rasa dah terlalu letih dan sangat penat, .......... pinggan nasi pun nampak macam bantal empuk !!!!! JUMPA LAGI !!! Itulah kehidupan yang hanya persinggahan untuk kita semua......






0 comments: